Bulan Bahasa 2024 catat jumlah tontonan online tertinggi
Kempen Bulan Bahasa 2024 mencatatkan rekod baharu dengan lebih 380,000 tontonan untuk acara-acara online yang dianjurkan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kempen Bulan Bahasa 2024 mencatatkan rekod baharu dengan lebih 380,000 tontonan untuk acara-acara online yang dianjurkan.
Program-program seperti 'e-Rama Dikir' oleh Gabungan Kumpulan Dikir Barat Singapura, podcast 'Sapot 2.0' dan siri video oleh Taman Warisan Melayu telah berjaya menarik perhatian ramai.
Mereka juga antara 89 rakan kerja yang menyokong usaha untuk melestarikan Bahasa Melayu.
Jumlah itu juga meningkat berbanding 79 tahun lalu.
Ini membolehkan lebih banyak acara atau program diadakan tahun ini iaitu sebanyak 161 berbanding 152 tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Zhulkarnain Abdul Rahim berkongsi demikian di Malam Penghargaan Bulan Bahasa 2024 pada Jumaat (22 Nov).
"Ini merupakan satu indikator maju jaya bagi usaha-usaha Bulan Bahasa kita yang melibatkan lebih ramai belia-belia kita dan lebih ramai rakan kerja yang baharu supaya mereka juga menggunakan wadah-wadah yang lebih inovatif dan teknologi baru yang lebih mesra belia kita," kata Encik Zhulkarnain yang juga Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang.

BULAN BAHASA '24 TARIK 75,000 PESERTA
Secara keseluruhan, lebih 75,000 peserta menyertai acara-acara Bulan Bahasa tahun ini.
Encik Zhulkarnain turut menzahirkan penghargaannya kepada rakan-rakan kerja dan sukarelawan yang menjayakan kempen Bulan Bahasa tahun ini.
"Rakan-rakan masyarakat seperti MAEC, MESRA, PA dan juga akar umbi dan tidak lupa pertubuhan-pertubuhan Melayu Singapura amat memberangsangkan dan mereka amat penting dalam menjayakan usaha Bulan Bahasa kita kerana mereka dapat menjangkau rangkaian yang lebih meluas daripada semua lapisan masyarakat kita.
"Ini menekankan bahawa peri pentingnya kita melibatkan semua orang dalam masyarakat kita supaya idea-idea yang baharu dan suntikan yang lebih baharu untuk mendekatkan kita dengan masyarakat supaya masyarakat kita lebih menggunakan Bahasa Melayu kita, bahasa ibunda kita dan supaya mereka lebih selesa dalam semua program Bulan Bahasa," tambahnya.

RANCANGAN BAGI BULAN BAHASA '25
Memberi bayangan tentang sajian program Bulan Bahasa 2025, Encik Zhulkarnain memberi bayangan bahawa lebih banyak program bersifat inovatif dapat diusahakan selaras dengan sambutan besar-besaran SG60.
"Saya harapkan lebih ramai masyarakat kita akan melibatkan diri dalam Bulan Bahasa dan kita akan memberikan penekanan kepada penggunaan inovatif atau teknologi baru supaya kita akan teruskan menjangkau masyarakat kita dan jangkauan digital yang kita telah bina pada tahun ini yang memberangsangkan amat sekali akan terus lebih ramai yang melibatkan diri dalam wadah digital ataupun bersemuka," ujarnya.

Duta Bahasa tahun ini, Dr Fadzil Hamzah juga menyatakan komitmennya yang berterusan dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan selaku duta dan dalam kerjayanya sebagai doktor.
"Perjuangan kami sebagai duta bahasa dan juga sebagai komuniti Melayu tetap kekal kerana kami sama sama akan berganding bahu untuk melestarikan bahasa Melayu, penggunaan bahasa Melayu dan juga kebudayaan Melayu kita.
"Saya juga akan menggunakan bahasa Melayu sewaktu saya mengadakan acara-acara di mana saya akan berhubung dengan masyarakat sewaktu majlis-majlis keramaian ataupun sewaktu majlis-majlis syarahan, majlis-majlis ilmu dan dengan ini, saya dapat terapkan budaya Melayu kita dan juga budaya sihat di dalam masyarakat Melayu, kita menggunakan bahasa Melayu dan selaras dengan budaya kita," kata Dr Fadzil yang merupakan Pakar Perubatan Kakitangan Kanan, Jabatan Perubatan Sukan Dan Senaman, Hospital Besar Changi (CGH) dan Hospital Besar Singapura (SGH).
Edisi seterusnya kempen Bulan Bahasa akan berlangsung pada 16 Ogos hingga 12 Oktober 2025.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.