Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buku 'Titik Tolak: Dwiabad Melayu Singapura' dilancarkan, rakam perkembangan sejarah S'pura

Bersempena dengan dwiabad Singapura, BERITAmediacorp menerbitkan sebuah buku berjudul “Titik Tolak: Dwiabad Melayu Singapura". Buku tersebut dilancarkan pada Sabtu (11 Jan) oleh Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bersempena dengan dwiabad Singapura, BERITAmediacorp menerbitkan sebuah buku berjudul “Titik Tolak: Dwiabad Melayu Singapura".

Buku tersebut dilancarkan pada Sabtu (11 Jan) oleh Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Buku setebal 160 halaman itu merakam perjalanan dan perkembangan sejarah Singapura menjangkaui 200 tahun, selain detik-detik sejarah seawal tahun 1365.

Ditulis oleh para wartawan BERITAmediacorp iaitu Roslinda Rahmat, Said Mahadi Said Iziddin dan Ummu Rabbisyfina Abdul Hamid, ia membukukan catatan, liputan dan wawancara yang terakam sepanjang memperingati dwiabad.

Turut diselitkan ialah dokumentari Titik Tolak yang diterbitkan pada tahun lalu.

Buku itu turut menyentuh detik-detik dalam sejarah Singapura dan Nusantara serta bagaimana setiap 'titik tolak' yang terakam menyumbang kepada pembentukan masyarakat Melayu yang rencam dan dinamik dari dahulu sehingga hari ini.

Buku tersebut mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

"Buku ini akan menambah nilai ilmu yang sedia ada dan juga bagaimana kita boleh memberikan satu wadah bagi anak-anak kita dan juga masyarakat kita untuk mengimbas kembali bagaimana masyarakat kita telah membangun selama ini," kata Dr Faishal sebagai mengulas penerbitan buku tersebut.

Berkongsi lebih lanjut tentang kandungan buku itu, koresponden BERITAmediacorp Roslinda Rahmat berkata:

"Buku ini mengandungi nukilan-nukilan daripada para akademik yang kami wawancara, bukan sahaja di Singapura tetapi juga di Palembang, Jambi, Malaysia dan Pulau Penyengat. Makassar juga. Dan cerita-cerita orang biasa, mungkin tentang datuk nenek mereka apabila mereka susun semula salasilah susur galur mereka, itu yang mungkin sesuatu yang begitu menarik untuk menjadi tatapan dan juga inspirasi semua peringkat usia." 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan