Skip to main content

Singapura

Buku rakam perkembangan budaya penjaja di SG dilancarkan

Anggaran Waktu Membaca:
Buku rakam perkembangan budaya penjaja di SG dilancarkan

Pusat penjaja di Singapura. (Gambar: iStock)

SINGAPURA: Perkembangan budaya penjaja Singapura dirakamkan dalam satu buku baharu bertajuk 'Singapore Hawker Centres: People, Places, Food'.

Penulisnya, Profesor Lily Kong, Presiden Universiti Pengurusan Singapura (SMU), berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masakan baharu sudah muncul dan prasarana pusat penjaja juga semakin moden.

Profesor Kong menambah, ia merupakan satu bahagian penting dalam sejarah Singapura.

Menerusi buku tersebut, Profesor Kong berharap lebih ramai orang akan tertarik untuk mengekalkan budaya penjaja, khususnya selepas ia mendapat pengiktirafan UNESCO.

"Budaya boleh berubah-ubah.Hari ini, anda boleh mendapat makanan yang mungkin tidak sedia satu ketika dahulu, seperti 'quesadilla' dari Mexico, sebagai contoh. Makanan Korea kini lebih popular," kata Profesor Kong

"Salah satu perkara paling penting bagi saya adalah untuk merakam bagaimana penjaja sebagai satu institusi sosial sudah berubah mengikut masa dan saya rasa, ia suatu perkara penting dalam sejarah dan warisan, yang kita tidak harus lupakan meskipun kita sedang menjalani perubahan," tambahnya.

Semasa melancarkan buku tersebut, Profesor Kong menyentuh tentang bagaimana budaya penjaja bermula dan kemudian berkembang sejak itu.

Buku itu juga merakamkan perubahan fizikal pusat-pusat makanan di Singapura, seperti ciri-ciri mesra alam seperti panel suria dan unsur inklusif, seperti laluan lebih luas.

Penjaja juga menyumbang kepada penerbitan buku tersebut dengan berkongsi cabaran yang mereka hadapi dan bagaimana mereka mengatasinya untuk terus berniaga.

"Saya sangat bangga untuk menjadi seorang penjaja yang sudah lama bekerja dalam bidang ini, kerana ramai kawan saya, ramai penjaja sudah putus asa," kata Encik Mohammad Habib, penjaja Habib's Rojak.

"Mereka kata, waktu bekerja lama, saya tidak ingin melakukannya lagi, saya lebih suka bekerja untuk sebuah syarikat dan lain-lain lagi. Namun, untuk mengekalkan makanan dan generasi penjaja, kita memerlukan seseorang untuk meneruskannya," tambahnya.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita