Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buku pertama siri 5 buku dokumentasi sejarah Geylang Serai dilancarkan

Buku pertama daripada siri lima buku yang mendokumentasikan sejarah Geylang Serai dari abad ke-19, dilancarkan Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman hari ini (26 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
02:53 Min
Buku pertama daripada siri lima buku yang mendokumentasikan sejarah Geylang Serai dari abad ke-19, dilancarkan hari ini (26 Sep).

SINGAPURA: Buku pertama daripada siri lima buku yang mendokumentasikan sejarah Geylang Serai dari abad ke-19, dilancarkan Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman hari ini (26 Sep).

Beliau menarik perhatian siri buku itu diterbitkan dengan harapan masyarakat dapat mengenang dan menghargai sejarah Geylang Serai dan supaya ia terus menjadi kebanggaan masyarakat Melayu/Islam.

Bertajuk 'Geylang Serai - Dalam Terowong Masa' buku itu antara lain berkongsi bahawa pada suatu ketika dahulu, anak-anak ayam yang dijual di Geylang Serai boleh dicelup warna biru, hijau, merah ataupun kuning. Warna celupan itu akan hilang apabila ayam-ayam tersebut membesar.

Itulah antara bingkisan sejarah menarik yang dicoretkan dalam buku tersebut.

Setebal 120 halaman, ia bertujuan memberi wadah kepada anak-anak muda tempatan memahami sejarah budaya Geylang Serai.

"Buku ini merupakan salah satu wadah di mana cerita-cerita kita dapat dikeluarkan dan cerita ini dikeluarkan bukan sahaja dari perspektif menulis isu-isu sejarah tapi juga melihat bagaimana ia boleh menarik anak muda kita memahami sejarah menerusi cara ia ditulis menerusi gambaran-gambaran dan sebagainya," ujar Dr Maliki.

Ditulis dalam dwibahasa, beliau berharap masyarakat bukan Melayu juga akan dapat memahami apakah sejarah Geylang Serai dan apakah warisan dan juga keunikan tempat itu.

Pada akhirnya, usaha ini mahu memastikan pelbagai aspek Geylang Serai terus difahami dan dihargai masyarakat.

"Dalam buku-buku akan datang, kita akan mendapat menumpukan kepada tema tema lain - tema-tema perdagangan, tema bagaimana aktivis-aktivis budaya kita menggunakan Geylang Serai sebagai pusat untuk mereka menarik lebih ramai lagi memahami budaya Melayu dan bagaimana kraf-kraf Melayu menjadi begitu baik sekali di kawasan Geylang Serai ini," kata Dr Maliki.

"Jadi tema-tema ini memberi satu kefahaman kepada masyarakat kita bahawa Geylang Serai bukan sahaja tempat yang dikenali sebagai pasar Geylang Serai sahaja."

PILIH PENDEKATAN 'TEROWONG MASA'

Bagi buku pertama tulisan Cik Rasiah Halil ini, sejarah Geylang Serai dilakar melalui jalan cerita yang mudah dibaca, iaitu perbualan antara seorang nenek dan cucunya menerusi pendekatan 'terowong masa'.

Cik Rasiah menjelaskan: "Macam terowong masa, 'time tunnel', saya kena masuk ke zaman silam dan mencari lebih apa yang boleh saya tulis.

"Saya dapat lebih banyak bahan sebelum saya tulis, jadi saya sebenarnya masuk ke Geylang Serai pada masa silam, jadi watak nenek dan cucu mereka seolah-olah masuk ke dalam 'time machine' kerana pada zaman silam pun ada cerita dalam kisah Melayu masuk ke zaman silam."

Menurut beliau cabaran terbesarnya ialah mendapatkan bahan kerana tidak semua bahan itu ada diberi pihak penerbit buku kepadanya dan bahan yang ada itu juga tidak mencukupi.

Mentelah lagi beliau tidak membesar di Geylang Serai.

Bagaimanapun beliau menganggap penat lelahnya menulis buku itu sebagai "berbaloi".

"Kalau mereka membaca, mereka akan mengenali sebahagian dari sejarah bersama kita. Ini sebuah memori kolektif kita, kenangan bersama kita," ujar Cik Rasiah lagi.

500 NASKHAH BUKU BAKAL DIEDARKAN

Buku terbitan Wisma Geylang Serai (WGS) dan Seni dan Budaya Melayu Kreatif (CMAC) itu dikeluarkan juga dikeluarkan bertepatan dengan sambutan Bulan Bahasa sekarang ini.

Sebanyak 500 naskhah buku pertama ini akan diedarkan kepada agensi-agensi tertentu termasuk Perpustakaan Negara dua bulan lagi.

Projek siri buku ini dijangka selesai tahun hadapan.

Orang ramai juga masih boleh menyumbang cerita dan gambar-gambar lama untuk didokumentasikan bagi buku kedua dan seterusnya, melalui emel ke WGS. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan