Skip to main content

Singapura

Buku peringati Inuka dilancar

Meskipun beruang kutub kesayangan Singapura, Inuka, mati awal tahun ini namun warisannya dikenang dalam sebuah pelancaran buku kanak-kanak hari ini, bersamaan dengan ulang tahunnya ke-28.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Dec 2018 06:48PM Dikemas Kini : 26 Dec 2018 10:49PM

SINGAPURA: Meskipun beruang kutub kesayangan Singapura, Inuka, mati awal tahun ini namun warisannya dikenang dalam sebuah pelancaran buku kanak-kanak hari ini, bersamaan dengan ulang tahunnya ke-28.

Setiap tahun tanggal 26 Disember, Inuka pasti mendapat kejutan. Kali ini tiada kek hari jadi buatnya.

Namun beruang kutub kesayangan Singapura itu masih diingati oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Memori Inuka terus tersemat dalam sebuah buku kanak-kanak yang dilancarkan hari ini (26 Dis). Buku yang ditulis oleh wartawan veteran Alan John mengisahkan kehidupan beruang kutub pertama di dunia itu yang dilahirkan dalam cuaca tropika.

"Saya bukan seorang saintis, saya bukan seorang pakar haiwan. Saya hanya seorang ayah yang membawa anak-anaknya ke taman haiwan. Kami amat menyayangi haiwan ini.

"Saya selalu percaya kita harus meraikan memori, tidak kira apa dan dengan siapa. Dengan Inuka, ada banyak sekali memori-memori indah," kata penulis buku "The One and Only Inuka" Alan John.

Jika disamakan dengan umur manusia, Inuka berusia 70-an tahun ketika ia mati pada April lalu.

Penjaga zoo juga merindui gelagat Inuka yang mempunyai banyak personaliti.

Sejak Taman Haiwan Singapura tidak lagi membawa masuk haiwan-haiwan dari kutub utara, ia berharap buku ini akan menjadi peringatan kepada orang ramai tentang beruang kutub terakhir Singapura.  

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita