Buku online baharu dilancar; bantu syarikat pemerolehan bangunkan amalan mesra alam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat pemerolehan yang ingin menjadi lebih mesra alam kini boleh menggunakan panduan secara online yang baharu untuk membimbing mereka dalam prosesnya.
Ia turut mengandungi saranan untuk memacu perubahan positif dalam rangkaian bekalan dan membangunkan amalan mesra alam.
Buku online itu dilancarkan semasa Forum Lestari Singapura tahun ini.
Syarikat-syarikat boleh menggunakannya bagi membantu laporan berkaitan pelepasan Skop 3 mereka.
Keperluan itu akan diwajibkan dua tahun dari sekarang.
Ini adalah pelepasan secara tidak langsung daripada rantaian nilai sesebuah syarikat.
Data sedemikian adalah penting tetapi mencabar untuk diukur.
Syarikat juga akan mendapat panduan untuk membina keupayaan mesra alam mereka.
Di majlis pelancaran tersebut, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu menekankan keperluan untuk amalan perolehan yang lebih mesra alam.
"Pelbagai komitmen ini sangat penting, kerana ia memberi isyarat jelas kepada pasaran mengenai permintaan bagi tenaga yang boleh diperbaharui, peningkatan kecekapan, dan teknologi baharu seperti hidrogen rendah karbon.
"Perniagaan yang menerapkan usaha kemampanan kini berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang ekonomi ini," tambah Cik Fu.

Sumber : CNA/QA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.