Skip to main content

Singapura

Buku mendiang Lee Kuan Yew 'Will Singapore still exists in 100 years?' dilancarkan

Sebuah buku yang menyorot dasar-dasar utama Perdana Menteri Pengasas Singapura Lee Kuan Yew dilancarkan pada Selasa (30 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Sep 2025 05:11PM Dikemas Kini : 04 Oct 2025 02:48PM
SINGAPURA: Sebuah buku yang menyorot dasar-dasar utama Perdana Menteri Pengasas Singapura Lee Kuan Yew dilancarkan pada Selasa (30 Sep).

Bertajuk 'Will Singapore still exists in 100 years?', atau 'Akan masih wujudkah Singapura 100 tahun lagi?', buku tersebut sebahagian besarnya berdasarkan versi bahasa Cina yang diterbitkan pada 2023 dan kini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Inspirasi di sebalik buku itu datang daripada soalan yang dikemukakan mendiang Encik Lee semasa lawatan ke Australia pada 1988.

Ia meneroka dasar, prinsip dan pencapaian mendiang dalam 15 bidang termasuk perumahan, keharmonian kaum dan pertahanan yang membentuk asas Singapura moden.

4,000 naskhah buku tersebut didermakan kepada Kementerian Pendidikan oleh usahawan Oei Hong Leong dan yayasannya.

Berharga S$29, buku itu boleh didapatkan di kedai-kedai buku, dan juga secara online.

"Pada akhirnya, jawapan kepada persoalan Encik Lee - 'Akan kekal wujudkah Singapura dalam 100 tahun lagi?' bergantung kepada kita semua. Sama ada kita kekal bersatu, berdaya tahan dan komited kepada nilai-nilai yang membina negara ini.

"Semoga buku ini terus memberi kita inspirasi, terutama generasi seterusnya, untuk menyambung warisan dari Encik Lee dan memastikan Singapura terus berkembang maju selama bergenerasi akan datang," kata Menteri Pendidikan, Desmond Lee.
Sumber : CNA/IQ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita