Buku 'Love Beyond the Walls: Stories from My Father' papar luahan kasih sayang banduan kepada anak
(Gambar: Betty Chua/MCI)
SINGAPURA: Pertubuhan tidak mengaut untung New Life Stories (NLS) melancarkan siri kedua buku 'Love Beyond the Walls' hari ini. (4 Jun).
Edisi kali ini memaparkN luahan perasaan bapa yang ingin mengukuhkan semula ikatan kasih sayang dengan anak-anak sebelum mereka bebas dari penjara.
Buku "Love Beyond the Walls: Stories From My Father" dilancarkan Presiden Halimah Yacob di acara hari keluarga NLS yang pertama di Pulau Sentosa pagi tadi.
Ia mengandungi lapan cerita yang ditulis para banduan yang menjalani program pemulihan di dalam penjara kendalian NLS.
Mereka menyuarakan rasa kasih sayang dan harapan untuk kembali ke pangkuan keluarga tersayang.
"Kami mengadakan program 'through-care" iaitu dari dalam ke luar (penjara). Kami juga membantu bapa atau ibu menulis cerita kanak-kanak di mana mereka boleh memberikan nasihat atau kata-kata sayang kepada anak-anak mereka melalui cerita kanak-kanak.
"Mereka juga merakamkan suara mereka, membaca cerita kepada anak-anak supaya mereka dapat mendengar suara bapa, suara ibu setiap hari supaya dapat hilangkan rindu," kata Ketua Pegawai Eksekutif NLS Cik Saleemah Ismail,
Acara hari keluarga yang diadakan hari ini meraikan keluarga-keluarga yang mengikuti Program Pengukuhan Keluarga NLS.
Ia sebuah program menyeluruh untuk membina daya tahan keluarga menerusi kaunseling, terapi keluarga dan pendampingan anak-anak.
"Ramai daripada bapa yang kami membantu atau ibu yang kami membantu ada hubungan yang retak dengan anak-anak apabila masuk penjara, Jadi kami ingin memulihkan lagi hubungan yang retak antara ibu bapa dan anak anak mereka sebelum mereka keluar daripada penjara," tambah Cik Saleemah.
Salah seorang yang meraih manfaat daripada program itu ialah Encik Hamzah Mohd Ariff.
"NLS telah membantu kami menjadi lebih erat dan bahagia. Ia mengajar kami bagaimana untuk meluangkan masa bermutu bersama keluarga, kata beliau.
Lebih 120 keluarga sudah dibantu setakat ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.