Buku komik dilancar beri keterangan faedah Pakej Generasi Merdeka
Sebuah buku komik khas diterbitkan sebagai satu lagi cara untuk memberi penjelasan tentang Pakej Generasi Merdeka. Dilancarkan hari ini (26 Okt), buku tersebut ditujukan kepada golongan rakyat tempatan yang dilahirkan dalam tahun-tahun 1950-an.
SINGAPURA: Sebuah buku komik khas diterbitkan sebagai satu lagi cara untuk memberi penjelasan tentang Pakej Generasi Merdeka.
Dilancarkan hari ini (26 Okt), buku tersebut ditujukan kepada golongan rakyat tempatan yang dilahirkan dalam tahun-tahun 1950-an.
Sejauh ini pemerintah sudah berjaya mendampingi 135,000 anggota Generasi Merdeka serta keluarga mereka menerusi pameran-pameran bergerak serta acara masyarakat.
Buku komik tersebut memaparkan tiga watak - MERvis, DEvi dan KAssim - huruf-huruf hadapan nama mereka, apabila digabungkan, membentuk perkataan Merdeka.
Watak-watak tersebut ditampilkan bersama tokoh klasik Old Master Q.
Buku komik itu memberi penerangan tentang lima faedah yang terdapat dalam Pakej Generasi Merdeka menerusi ilustrasi lucu dan santai.
Ia dilancarkan di pameran bergerak Generasi Merdeka di Teck Whye Lane siang tadi. Sebanyak 200,000 naskah buku komik tersebut akan diedarkan.
Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) berharap Old Master Q dan tiga rakannya dari Generasi Merdeka dapat menggalakkan golongan sebaya terus mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan terhubung.
Selain di pameran bergerak Generasi Merdeka, buku komik itu juga boleh didapati di semua hospital awam, poliklinik, klinik CHAS dan semua kelab masyarakat mulai hujung bulan depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.