Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buku kenang-kenangan: Peringatan 200 tahun Masjid Omar Kampong Melaka

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buku peringatan 200 tahun masjid pertama di Singapura dilancarkan pada Sabtu (3 Dis).

Buku berjudul 'The Reverent Journey: 1820-2020 and Beyond' itu merakam kisah sejarah Masjid Omar Kampong Melaka sejak ia dibina pada tahun 1820 oleh saudagar dermawan, Syed Omar Ali Aljunied.

Ia dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob dalam satu majlis di Auditorium Bangunan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) siang tadi.

Dalam ucapannya, Presiden Halimah menyifatkan buku sejarah Masjid Omar Kampong Melaka sebagai cerminan pembangunan di Singapura.

"Buku ini mencerminkan pembangunan negara kita selaku pembinaan dan pertumbuhan Masjid Omar Kampong Melaka, iaitu antara masjid yang sulung di Singapura.

"Sejarahnya menggambarkan peranan penting yang masjid-masjid memainkan sebagai nadi masyarakat Islam di Singapura dan juga sebagai perantara dalam isu-isu semasa seperti keharmonian antara agama," kata Puan Halimah.

Selain sejarah mengenai masjid yang terletak berhampiran Sungai Singapura di Keng Cheow Street, buku setebal 268 halaman itu turut menyingkap kisah perjalanan pengasasnya, Syed Omar Ali Aljunied dari Hadhratmaut, Yaman ke Singapura.

Buku itu turut menyorot usaha keluarga keturunan Syed Omar Ali Aljunied dalam menghidupkan warisan keluarganya sepanjang beberapa dekad.

"Antara rancangan yang kita adakan tiap-tiap tahun seperti semasa bulan Ramadan, kita akan mengadakan 'haul' ataupun kenduri untuk memperingati Syed Omar di mana semua keluarga akan datang dan kita akan membaca sepertimana amalan yang dilakukan di Hadrahmaut, kira kampung kita," kata Sharifah Zahra Aljunied, keturunan generasi kelima Syed Omar.

Kongsi Sharifah Zahra lanjut, antara cabaran semasa penerbitan buku itu adalah kekurangan bahan penulisan mengenai kedatangan Syed Omar Aljunied ke Singapura.

"Sebab kedatangan Syed Omar ke Singapura terlalu awal iaitu pada tahun 1820, jadi tidak banyak penulisan yang dibuat dan terutamanya sekali, gambar Syed Omar sendiri tidak ada.

"Jadi apa yang kita buat adalah menghasilkan lukisannya. Kemudian segala macam sejarah ataupun cerita yang saya hendak ketahui pula didapati daripada generasi lebih tua yang mana kebanyakannya sudah tiada lagi. Jadi itu antara cabaran yang kami hadapi," katanya.

Buku 'The Reverent Journey: 1820-2020 and Beyond' sebelum ini dijadual dilancarkan pada 2021 namun ditunda dek pandemik COVID-19.

Orang ramai boleh mendapatkan buku itu dari Masjid Omar Kampong Melaka pada harga S$60 setiap naskhah.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan