Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buku 'Budak Laut' untuk kanak-kanak kupas detik sejarah S'pura dari kaca mata Orang Laut

Pada tarikh 28 Januari kelmarin genaplah 202 tahun kedatangan Stamford Raffles ke Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pada tarikh 28 Januari kelmarin genaplah 202 tahun kedatangan Stamford Raffles ke Singapura.

Sempena meraikan tarikh simbolik itu, sebuah buku bergambar berciri dwibahasa untuk kanak-kanak dilancarkan di Arts House pada Khamis (28 Jan).

Buku bertajuk 'Budak Laut' itu menampilkan kisah Awang, seorang kanak-kanak dari suku Orang Laut yang tinggal dalam sebuah sampan panjang di Sungai Singapura, pandai berenang dan gemar sekali mengutip kerang.

Lebih daripada mengisahkan kehidupan Orang Laut, buku cereka kanak-kanak tulisan mantan Anggota Parlimen Wan Hussin Zoohri itu mengupas detik-detik sejarah Singapura dari kaca mata seorang anak Orang Laut.

Contohnya, ia mengisahkan bagaimana Awang sendiri dapat berjumpa dengan Stamford Raffles.

"Adalah penting untuk kita mengenangkan sejarah Singapura kepada murid-murid seberapa awal yang mungkin. Ia akan menceritakan bagaimana nama Singapura bertukar dari Temasek ke Singapura yang dilakukan oleh Sang Nila Utama dan juga unsur sejarah berhubung dengan ketibaan Sir Stamford Raffles ke Singapura," ujar Wan Hussin.

Buku setebal 76 halaman terbitan Opus Editorial itu bukan sahaja untuk kanak-kanak prasekolah, kata beliau.

Menurut Wan Hussin, ia juga bermanfaat kepada para ibu bapa kerana boleh menggunakannya untuk bercerita secara dwibahasa dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Penerbitan buku-buku itu turut disokong oleh Dana Lee Kuan Yew bagi Kedwibahasaan (LYKFB).

2,000 naskhah buku cerita Budak Laut itu akan diedarkan kepada Pertubuhan-Pertubuhan Kebajikan Sukarela (VWO) serta pusat-pusat prasekolah di bawah Skim Pengendali Utama. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan