Buku baru rakam sejarah kaya Sungai Kallang
Jejak Warisan Kallang mungkin akan diperluaskan tidak lama lagi untuk meliputi lebih banyak tempat penting bersejarah sepanjang Sungai Kallang.
SINGAPURA: Jejak Warisan Kallang mungkin akan diperluaskan tidak lama lagi untuk meliputi lebih banyak tempat penting bersejarah sepanjang Sungai Kallang.
Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga penasihat Pertubuhan Akar Umbi Kolam Ayer berkata, beliau sedang bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Warisan Negara (NHB) untuk melihat bagaimana kisah sungai itu dapat disampaikan dengan lebih menarik.
Beliau mengumumkan demikian di acara pelancaran buku mengenai Sungai Kallang.
"Malah, sejarahnya begitu menarik sekali kerana ia merupakan mikrokosm kehidupan Singapura. Sungai ini mempamerkan sejarah kehidupan masyarakat berbilang kaum.
"Sepanjang sungai ini anda boleh mendapati kuil, masjid, yang sebenarnya sudah dirobohkan.
"Anda juga boleh melihat makam, bangunan lama dan baru. Kesemua ini sudah wujud jauh sebelum ketibaan Raffles," tekan Dr Yaacob.
SUNGAI KALLANG & SEJARAH ORANG LAUT
Sungai Kallang sebenarnya merakam sejarah Singapura sepanjang 700 tahun.
Malah, ia merangkumi sejarah awal Singapura yang dipanggil Temasek ketika itu dan didiami penduduk awal Singapura dikenali sebagai Orang Laut.
BUKU MERAKAM PERANAN SUNGAI S'PURA
Sebuah buku yang merakam peranan Sungai Kallang dlam membentuk Singapura turut dilancarkan.
Buku tersebut meneroka peranannya sepanjang beberapa abad dan bagaimana langkah memperelok keadaannya akan terus memberi manfaat kepada para penduduk yang tinggal berhampiran.
Sempena memperingati dwiabad Singapura tahun ini, Kolam Ayer turut akan mengadakan lawatan berpandu tentang Sungai Kallang pada bulan ini.
Ia diharap dapat menarik orang ramai dan pelajar sepanjang musim cuti sekolah cuti ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.