Skip to main content

Singapura

Buku baharu sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Lee Kuan Yew

Anggaran Waktu Membaca:
Buku baharu  sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Lee Kuan Yew

(Gambar: Facebook/Heng Swee Keat)

SINGAPURA: "Adakah Singapura akan wujud 100 tahun lagi?"

Soalan itu dikupas dalam sebuah buku baharu bertujuan untuk memberi pemahaman yang mendalam tentang kejayaan Singapura sejauh ini.

Tajuk tersebut juga bersandarkan satu kenyataan yang dibuat Perdana Menteri pengasas Encik Lee Kuan Yew pada 1988.

Buku yang ditulis dalam bahasa Mandarin itu menandakan tahun ke-100 sejak kelahiran mendiang.

Tujuh penulis menyumbang kepada buku dengan 163 muka surat itu yang meneliti bagaimana Singapura mengatasi cabaran sebagai sebuah negara kecil, dan menjaga keharmonian kaum dan agama.

Di majlis pelancaran buku itu Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, salah satu cara bagi memastikan Singapura makmur adalah dengan sentiasa kekal relevan dengan dunia.

Menurutnya, pentadbiran dan kepimpinan yang baik juga penting untuk memimpin negara selain kejujuran dan integriti.

Ia adalah ciri-ciri yang sangat dipegang kuat oleh Encik Lee Kuan Yew.

"Tanpa kepimpinan yang baik, Singapura tidak akan wujud. Saya setuju sepenuhnya dengan Encik Lee," kata Encik Heng.

"Saya sudah berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam selama lebih dari 40 tahun dan telah menemui individu dari pelbagai bidang dan institusi. Saya sedar bahawa keupayaan kepimpinan sesebuah institusi adalah kunci utama kejayaan atau kegagalan sesebuah negara," ujarnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita