Bukti penginapan diperlukan bagi pekerja hijrahan baharu dari sektor binaan, limbungan kapal dan pemprosesan: MOM
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bermula dari 19 September, majikan dari sektor binaan, limbungan kapal dan pemprosesan harus menyediakan bukti penginapan yang sesuai sebelum mereka dibenarkan membawa pemegang permit kerja baharu dari negara selain Malaysia ke Singapura.
Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (11 Sep).
Ia adalah tambahan kepada pengesahan permit kerja.
Peraturan tersebut dilaksanakan kerana jumlah pemegang permit kerja dalam sektor binaan, limbungan kapal dan pemprosesan melebihi paras prapandemik.
"MOM membantu kemasukan pekerja ke Singapura untuk membenarkan majikan mempercepat projek tertangguh akibat pandemik COVID-19," dedah MOM dalam satu kenyataan.
"Oleh itu, jumlah pemegang permit kerja dalam sektor binaan, limbungan kapal dan pemprosesan pada Julai 2023, 19 peratus lebih tinggi daripada paras prapandemik."
Pada masa yang sama, pemerintah sedang bekerjasama dengan industri tersebut untuk meningkatkan bekalan katil dormitori.
Walau bagaimanapun, dengan jumlah pemegang permit kerja yang meningkat, ia bermakna dormitori hampir penuh dan lebih banyak pekerja hijrahan ditempatkan di tempat penginapan selain dormitori.
MOM menyatakan terdapat keperluan untuk menyederhanakan permintaan penginapan selain dormitori dan memastikan para pekerja hijrahan mempunyai tempat tinggal yang sesuai.
Bukti penginapan yang sesuai harus dalam bentuk penyewaan atau perjanjian penyewaan, atau kontrak bersama pihak yang menyediakan penginapan tersebut.
MOM akan memberikan kelulusan kepada majikan untuk meneruskan proses sebaik sahaja pemeriksaan dilaksanakan.
Menurut MOM, majikan yang menempatkan pekerja mereka di dormitori yang dibina dengan khas, kuarters binaan sementara, kuarters penginapan sementara berlesen atau dormitori sendiri, pengesahan akan diberikan dalam tempoh seminggu.
Bagi mereka yang menempatkan pekerja mereka di hartanah kediaman privet, hotel atau hostel, proses pengesahan mungkin mengambil masa sekitar enam minggu atau lebih disebabkan pemeriksaan tambahan.
Meskipun usaha pemerintah dan industri telah menyebabkan 17,000 katil dormitori ditambah kepada bekalan di Singapura sejak Disember 2022, MOM menyatakan adalah mustahil untuk terus meningkatkan bekalan pada kadar tersebut.
Oleh itu, kementerian itu menggalakkan majikan untuk menyumbangkan bekalan katil dengan membina penginapan sendiri. Seperti kuarters binaan sementara, kuarters penginapan sementara berlesen dan kilang yang diubah menjadi dormitori untuk menempatkan para pekerja mereka.
Menurut laman web MOM, terdapat 415,000 pemegang permit kerja dalam sektor binaan, limbungan kapal dan pemprosesan setakat Disember 2022.
Para pekerja tersebut membentuk kira-kira 29 peratus tenaga kerja pekerja hijrahan Singapura.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.