Bukit Timah Road banjir sedang barat laut SG alami paras hujan harian tertinggi sejak 1978
Hujan lebat menyebabkan banjir kilat berlaku di Bukit Timah Road pada Sabtu (16 Nov) sedang daerah barat laut Singapura mencatat jumlah hujan harian tertinggi dalam tempoh 46 tahun.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/PUB)
SINGAPURA: Hujan lebat menyebabkan banjir kilat berlaku di Bukit Timah Road pada Sabtu (16 Nov) sedang daerah barat laut Singapura mencatat jumlah hujan harian tertinggi dalam tempoh 46 tahun.
Banjir kilat berlaku berdekatan stesen MRT King Albert Park pada kira-kira 3.20 petang disebabkan paras air tinggi di longkang berselahan mahupun di Terusan Bukit Timah, menurut catatan PUB di Facebook.
Agensi itu lantas mengerahkan pasukan respons pantas untuk mengalihkan trafik daripada banjir, yang surut 10 minit kemudian.
PUB menambah, kerja-kerja sedang dijalankan untuk meluaskan dan memperdalam sebahagian Terusan Bukit Timah sepanjang 900m - antara Rifle Range Road dengan Jalan Kampong Chantek - untuk mempertingkat perlindungan banjir di kawasan berkenaan buat jangka panjang.
Usaha itu dijangka selesai pada 2026.
Amaran banjir kilat bagi 10 lokasi merata Singapura dikeluarkan, dengan hujan paling lebat - sebanyak 108.4mm - dicatat di barat laut Singapura pada antara 2.10 tengah hari dengan 4.00 petang.
Jumlah yang dicatat adalah sekitar 43 peratus purata hujan bulanan pada November, dan terletak dalam julat 3 peratus tertinggi bagi rekod hujan harian maksimum sejak 1978, menurut PUB.
PUB mengeluarkan makluman pertamanya pada sekitar 3.00 petang. Dalam pemberitahuan itu, agensi berkenaan menyatakan bahawa hujan lebat dijangkakan di kawasan utara, timur dan barat Singapura.
Amaran mengenai risiko banjir kilat pula dikeluarkan bagi beberapa kawasan berikut:
- Dunearn Road, antara Yarwood Avenue dengan Binjai Park
- Jalan Susur Ekspreswe Kranji Expressway (KJE ke Woodlands Road, menghala Senja Way)
- Eng Kong Place, antara Greenridge Crescent dengan Eng Kong Garden
- Persimpangan antara Lorong Kismis dengan Toh Tuck Rise
- Persimpangan antara Sunset Drive dengan Sunset Terrace
- Persimpangan antara Sunset Drive dengan Sunset Way Road
- Bukit Timah Road, antara Wilby Road dengan Blackmore Drive
- Jalan Boon Lay, antara Enterprise Road dengan International Road
- Persimpangan antara Neo Pee Teck Lane dengan Pasir Panjang Road
- Ekspreswe Tampines (Laluan Atas Punggol West)
Dalam ramalan yang dikeluarkan pada Jumaat (15 Nov), Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) menyatakan hujan lebat beserta guruh diramalkan berlaku pada kebanyakan hari hingga akhir November, disebabkan oleh monsun timur laut.
MSS juga meramalkan keseluruhan hujan sepanjang dua minggu akan datang ini, "melebihi purata" di kebanyakan kawasan Singapura.
Suhu harian pula boleh serendah 23 darjah Celsius apabila hujan turun.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.