Bukan soal gender, tapi nilai dan prinsip, kata salah seorang hakam wanita pertama Mahkamah Syariah
Anggaran Waktu Membaca:
Salah seorang Hakam wanita, Dr Rohana Ithnin. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Walaupun menjadi salah seorang daripada dua wanita pertama yang dilantik sebagai hakam perceraian di Mahkamah Syariah Singapura, Dr Rohana Ithnin tidak menganggap dirinya sebagai perintis hanya berdasarkan gender.
"Ini bukan soal menjadi yang pertama, tetapi lebih kepada diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab," kata wanita berusia 63 tahun itu kepada Mediacorp.
"Apa yang paling penting bukanlah gender, tetapi nilai-nilai yang dijunjung: empati, kebijaksanaan, dan keadilan."
Dr Rohana merupakan salah seorang daripada dua asatizah wanita yang dilantik ke dalam panel Hakam Mahkamah Syariah pada Jumaat (17 Apr), semasa majlis sambutan Hari Raya mahkamah tersebut di Parkroyal on Beach Road.
Ini adalah kali pertama panel tersebut dianggotai oleh wanita, setelah sekian lama hanya terdiri daripada lelaki sahaja.
Seorang hakam berfungsi sebagai pemudah cara dalam proses perceraian di Mahkamah Syariah, yang membantu pihak-pihak yang bertikai sama ada untuk berdamai semula atau berpisah secara baik.
Dr Rohana menjelaskan bahawa pelibatan wanita dalam panel ini menambah baik proses tersebut dengan menawarkan pilihan hakam yang lebih luas untuk dipilih oleh pasangan yang melalui proses berkenaan.
"Ia adalah tentang mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk berkomunikasi. Kadangkala mereka lebih selesa apabila ada hakam wanita yang terlibat," jelas beliau.
Walaupun institusi ini menjadi lebih inklusif dengan adanya wanita seperti beliau dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan kini dalam Panel Hakam, Dr Rohana menegaskan bahawa pelantikan tersebut masih berdasarkan merit, yang dinilai melalui sumbangan, ilmu, dan perkhidmatan seseorang.
"Jadi bagi saya, ia adalah tentang memikul tanggungjawab ini dengan baik, terutamanya apabila keluarga-keluarga ini sedang mengharungi situasi yang sukar," katanya lagi.
Dr Rohana berkata beliau merasakan tanggungjawab yang mendalam bagi peranan baharunya, memandangkan beliau sudah berkecimpung dalam bidang ini selama tiga dekad dan sudah mengendalikan bermacam-macam kes.
"Selama bertahun-tahun, saya bekerja dengan individu dan keluarga, dan saya melihat betapa kompleksnya konflik perkahwinan, bukan sahaja dari segi undang-undang tetapi juga emosi," katanya selanjutnya.
Apabila tiba peluang untuk menyertai Panel Hakam, Dr Rohana terus melihatnya sebagai satu cara untuk menyumbang dengan lebih bermakna.
Beliau menyatakan bahawa setiap kakam mempunyai kekuatan yang berbeza. Bagi dirinya, beliau berhasrat untuk menggunakan latar belakangnya dalam bidang kaunseling dan kefahaman tentang prinsip Islam untuk menambah baik proses tersebut.
Panel Hakam baharu yang terdiri daripada 22 orang itu akan berkhidmat selama tiga tahun bermula 1 April tahun ini.
Pendekatan mahkamah yang mengutamakan kebajikan anak-anak dan keadilan terapeutik juga diperkukuhkan pada Jumaat (17 Apr) dengan peluasan Panel Wakil Anak, yang terdiri daripada karyawan terlatih yang mewakili kebajikan anak-anak dalam prosiding perceraian.
"Pentingnya mencapai perceraian secara baik melangkaui prosiding semata-mata, kerana ia mengekalkan hubungan ibu bapa dan anak walaupun setelah perkahwinan berakhir, serta membolehkan kedua-dua pihak terus menjadi ibu bapa bersama yang berkesan apabila melibatkan anak-anak," menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kenyataan media.
Dalam ucapannya semasa majlis tersebut, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim, menyatakan bahawa Mahkamah Syariah sudah berkembang melangkaui peranan sebagai pihak yang membuat keputusan undang-undang semata-mata.
"Melalui kerjasama erat dengan asatizah, kaunselor, agensi perkhidmatan sosial, dan pihak-pihak berkepentingan dalam masyarakat, mahkamah kini bukan sekadar tempat membuat keputusan, tetapi juga ruang untuk menawarkan bimbingan dan sokongan," kata Dr Faishal.
Sambil menyentuh tentang peluasan panel Hakam dan Wakil Anak, Dr Faishal, yang juga Menteri Negara Kanan Ehwal Dalam Negeri, berkata perubahan tersebut "akan membolehkan kita berkhidmat dengan lebih baik kepada keluarga dan memberikan sokongan yang lebih inklusif kepada pasangan yang sedang mengharungi situasi sukar".

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.