Bukan sekadar sembuhkan pesakit, 2 hospital di SG orak langkah lebih lestari
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: NUHS)
SINGAPURA: Encik Ng Kian Swan bekerja di hospital tetapi tugasnya tidak melibatkan penyembuhan pesakit, sebaliknya, ia melibatkan penyembuhan persekitaran.
Ketua Pegawai Operasi Hospital Ng Teng Fong (NTFGH) itu dalam misi untuk menjadikan hospital tersebut lebih hijau dengan mengurangkan penggunaan air dan tenaga.
"(Dalam) penjagaan kesihatan, walaupun kami menyembuhkan pesakit, terdapat paradoks yang menarik... kami menggunakan banyak bahan guna habis dan itu menjana banyak sisa serta pelepasan karbon," kata beliau.
"Anda menyembuhkan pesakit namun tidak menyembuhkan ekosistem."
Melalui perubahan kecil seperti menurunkan suhu penghawa dingin ataupun mengubah tabiat harian yang dilakukan selama bertahun-tahun, Encik Ng sedang memerhati semua perkara yang boleh menyumbang kepada jejak karbon hospital itu.
Sebagai contoh, beliau gusar apabila melihat pekerja memakai baju sejuk ketika berada dalam bilik yang terlalu sejuk.
Penghawa dingin akan ditetapkan pada 18 darjah Celsius, maka jelasnya, membuatkan pemakaian baju sejuk itu sesuatu yang diperlukan.
Encik Ng, yang juga pengerusi pasukan petugas air dan tenaga di peringkat kelompok Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), mengubah amalan itu.
MENGUBAH PROSES SEDIA ADA
Encik Ng juga mengurangkan penggunaan penghawa dingin dan penyedut elektrik dengan cara lain yang dikatakannya mengganggu "proses yang diamalkan sejak sekian lama".
Di Ng Teng Fong, jabatan-jabatan seperti pejabat logistik dan rekod perubatan akan menggunakan penghawa dingin dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
"Ini satu perubahan yang besar , suatu perubahan yang sangat radikal," kata beliau.
Beliau juga mengubah cara penghawa dingin digunakan pada hujung minggu ketika jumlah pekerja lebih rendah.
Sebelum ini, walaupun seorang pekerja bertugas di kawasan korporat, penghawa dingin pusat akan dihidupkan. Kini, penghawa dingin bukan satu pilihan pada hujung minggu. Jika perlu, pekerja dibekalkan dengan kipas mudah alih.
Langkah seterusnya ke arah yang lebih hijau adalah untuk menghidupkan penghawa dingin dalam bilik-bilik pembedahan - yang mana terdapat 18 kesemuanya di NTFGH - ke "sleep mode" apabila ia tidak digunakan, lantas mengurangkan penggunaan penghawa dingin. Ini memandangkan, menurut Encik Ng, bilik pembedahan menggunakan paling banyak tenaga.
MENGUKUR KEJAYAAN
Satu lagi ciri di hospital itu adalah sistem tenaga suria yang menukarkan cahaya matahari semula jadi kepada sumber haba yang kemudiannya digunakan untuk menjana 100 peratus bekalan air panas ke NTFGH dan Hospital Masyarakat Jurong, di mana Encik Ng juga merupakan Ketua Pegawai Operasi.
Jumlah tenaga yang dijimatkan oleh NTFGH pada 2021 cukup untuk membekalkan tenaga elektrik kepada 4,809 flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) buat setahun ataupun untuk 18 bilik pembedahan buat sekitar dua setengah tahun.
Jumlah pengurangan karbon yang dicapai adalah bersamaan dengan menanam 143,663 anak benih selama 10 tahun.
MENGURANGKAN SISA MAKANAN
Sebuah lagi hospital di bawah NUHS, Hospital Alexandra, juga berusaha untuk memainkan peranan dalam perubahan iklim terutama sekali dari segi sisa makanan.
Setiap hari, 250 kilogram (kg) sisa makanan dijana di hospital itu, kata Encik Jeffrey Chun, Ketua Pegawai Operasi hospital tersebut. Beliau menambah bahawa makanan membentuk 10 peratus daripada jumlah sisa yang dihasilkan.
Hospital Alexandra menyelamatkan sekitar 30 peratus sisa makanan yang dianggap bersih - makanan yang tidak disentuh langsung oleh pesakit.
Sebahagian besar sisa makanan bersih tersebut akan disalurkan kepada syarikat yang menggunakan lalat askar hitam.
"Dengan adanya lalat askar hitam, apa yang ia lakukan adalah mengambil sisa makanan anda, larvanya akan memakannya. Kemudian seterusnya, ia akan menghasilkan sisanya," terang Encik Chun.
Sisa itu kemudian akan menjadi baja bagi menumbuhkan sayur-sayuran, herba dan rempah ratus di kebun hospital. Cili, bayam dan daun pandan ditumbuh serta digunakan dalam penyediaan makanan buat para pesakit.
MENGURANGKAN SISA LAIN
Untuk lebih memahami dari mana sisa itu dihasilkan, hospital tersebut membawa masuk sebuah vendor untuk menjalankan audit, kata Encik Chun, sambil menambah bahawa jumlah terbesar pembaziran di hospital lazimnya adalah kertas, diikuti dengan plastik.
Hospital itu juga sudah berhenti menggunakan plastik sekali guna di emua jabatan. Malah, farmasi juga menghentikan penggunaan beg plastik pakai buang sejak April lalu.
Isu tekstil juga antara masalah yang sedang ditangani. Pekerja diberikan tujuh set pakaian seragam tetapi jumlah itu terlalu banyak untuk sesetengah kakitangan.
Sebaliknya, hospital menukar kepada sebuah sistem di mana kredit digunakan untuk mengambil barangan yang diperlukan dan ini tidak terhad kepada penebusan pakaian seragam.
Hospital itu juga akan mula mengumpulkan pakaian seragam terpakai serta cadar terpakai atau rosak dan memberikannya kepada dua vendor untuk potensi menukarkannya kepada kertas dan bahan binaan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.