Budaya SG boleh tumbuh lebih kukuh; serap & belajar dari budaya lain, kata Tharman
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: TODAY/Raj Nadarajan)
SINGAPURA: "Xiang hu jing zhong". Sedang mantan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam mengungkapkan kata-kata itu, yang bermaksud "menghormati semua orang", beliau menerima sorakan dan tepukan pada Ahad (9 Jul) di acara awam pertamanya sejak beliau meninggalkan jawatan pemerintah.
Dengan berbaju batik yang sering dipakai, di samping isterinya yang juga memakai pakaian yang berwarna sama, bakal calon presiden itu berada di Kuil Zhen Ren Gong di Redhill Close untuk menyambut ulang tahun kelima Festival Kepercayaan dan Kebudayaan Sheng Gong Singapura. para penganut dari lebih 100 kuil di seluruh Singapura juga berkumpul di sana.
Dalam ucapannya di acara itu, mantan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial berkata beliau berharap untuk melihat budaya Singapura lebih kukuh yang bukan sahaja sebagai gabungan budaya berbeza, tetapi juga budaya yang "mempelajari dan menyerap" sesuatu daripada satu sama lain.
Encik Tharman berkata demikian sebagai meluaskan tema yang disampaikan dalam ucapannya di acara ulang tahun ke-15 Pusat Jantung Universiti Nasional Singapura (NUHCS) pada Jumaat (7 Jul).

Pada Ahad (9 Jul), Encik Tharman berucap tentang bagaimana Singapura boleh tumbuh lebih kukuh.
"Menghormati semua orang dan bersikap terbuka kepada semua."
"Di dalam semua budaya kita, anda akan menemui nilai yang sama - tetapi itulah cara untuk mengukuhkan budaya Singapura."
"Menghormati setiap individu tidak kira apa yang mereka lakukan, menghormati setiap budaya, hormati setiap pandangan. Dengan cara itu, kita menjadikan Singapura lebih kukuh dan identiti kita menjadi lebih kuat."
Beliau menambah bahawa satu cara untuk mengembangkan satu-satu budaya adalah untuk "memperoleh sesuatu dengan menyerap budaya, idea dan amalan daripada budaya lain, tanpa kehilangan budaya mereka sendiri," dan bersikap terbuka kepada budaya lain adalah langkah pertama untuk mencapai perkara tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.