Budak perempuan 12 tahun maut dalam nahas di Jurong; pemandu van diberkas kerana pandu cuai
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Singapore Road Accident/Facebook
SINGAPURA: Seorang pejalan kaki berusia 12 tahun terkorban berikutan nahas yang melibatkan sebuah van di Yuan Ching Road di Jurong pada tengah hari Selasa (30 Jan).
Seorang pemandu van, 23 tahun, diberkas kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian, nyata polis sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp.
Polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan berkenaan di Yuan Ching Road menghala ke Boon Lay Way pada 3.45 petang pada Selasa.
Seorang paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura mengesahkan budak perempuan itu meninggal dunia di tempat kejadian, sementara seorang lagi dikejarkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong.
Tiada maklumat lanjut mengenai individu kedua itu diberikan.
Video yang memaparkan nahas tersebut yang dimuat naik di halaman Facebook Singapore Roads Accident, menunjukkan sebuah khemah biru dipasang di tengah jalan raya itu, dengan beberapa pegawai polis dan kenderaan dilihat di tempat kejadian.
Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.