Skip to main content

Singapura

Budak lelaki 9 tahun tangis gembira selepas ibu beli McNuggets

Para penggemar restoran makanan segera McDonald's tentu sekali berasa kecewa apabila kesemua cawangan restoran di Singapura itu ditutup selama tiga minggu dari 19 April hingga 10 Mei lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak lelaki 9 tahun tangis gembira selepas ibu beli McNuggets

Petikan gambar daripada video.

Diterbitkan : 25 May 2020 12:09PM Dikemas Kini : 25 May 2020 12:16PM

SINGAPURA: Para penggemar restoran makanan segera McDonald's tentu sekali berasa kecewa apabila kesemua cawangan restoran di Singapura itu ditutup selama tiga minggu dari 19 April hingga 10 Mei lalu.

Siapa yang menyangka peluang untuk menikmati makanan segera McDonald's mungkin sesuatu yang amat 'mengharukan' sehinggakan boleh menyebabkan air mata 'kegembiraan' menitis.

APA YANG BERLAKU

Cik Wati membelikan makanan McDonald's dari pusat beli-belah Pioneer Mall untuk anak-anaknya pada 18 Mei sebagai jamuan berbuka puasa.

Menurut ibunya, beliau ingin membuat kejutan itu tetapi tidak pasti sama ada kejutannya itu akan berjalan dengan lancar: "Saya rasa anak-anak dapat menghidu aromanya."

Apabila anaknya, Adam Bin Mohammad Irwan keluar dari biliknya, dia menyangka ibunya sedang mencuba untuk menakut-nakutkannya, justeru dia berlari dari ibunya.

Dia kemudian menyedari terdapat makanan McDonald's di atas meja makan.

"Saya ingat ibu mahu menakutkan saya," katanya.

Cik Wati menjawab: "Saya tidak mahu menakutkan anda! Saya hanya mahu memberi kejutan. Lihat, apa itu?"

Sambil menangis teresak-esak dia menjawab: "McDonald's"

Apabila sudah masuk waktu berbuka, Adam memakan Chicken McNuggets, tetapi air matanya masih mengalir kerana terlalu gembira dapat menikmatinya.

Cik Wati turut mendedahkan bahawa "nuggets" bersama kentang goreng dan aiskrim adalah makanan kegemarannya dan menjelaskan bahawa "reaksi anaknya kelihatan keterlaluan" disebabkan oleh perangsangan deria sensitif dan autisme yang dialami oleh anaknya itu.

Telatah mencuit hati kanak-kanak autistik ini, Adam Bin Mohammad Irwan, turut mendapat perhatian akhbar Barat, Daily Mail.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita