Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Budak 12 tahun antara 247 disiasat kes penipuan berjumlah S$3.9 juta

Seramai 247 orang sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam penipuan sebagai penipu dan 'keldai wang' dalam lebih 640 kes penipuan, di mana mangsa kerugian lebih S$3.9 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak 12 tahun antara 247 disiasat kes penipuan berjumlah S$3.9 juta

Gambar hiasan: Shutterstock

Diterbitkan : 08 Oct 2021 04:59PM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 05:02PM

SINGAPURA: Seramai 247 orang sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam penipuan sebagai penipu dan 'keldai wang' dalam lebih 640 kes penipuan, di mana mangsa kerugian lebih S$3.9 juta.

Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Komersil (CAD) dan tujuh divisyen polis darat menjalankan operasi dua minggu yang berakhir pada Khamis (7 Okt), menurut polis pada Jumaat (8 Okt).

Suspek terdiri daripada 163 lelaki dan 84 wanita berusia antara 12 dengan 78 tahun, disiasat bagi kesalahan menipu, melakukan pengubahan wang haram atau menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen.

Kes penipuan itu rata-rata meliputi penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang, penipuan menyamar sebagai pegawai China, pegawai pemerintah, penipuan e-mel perniagaan, penipuan pelaburan, penipuan tawaran pekerjaan, dan pinjaman wang.

Jika didapati bersalah, suspek boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda. Mereka yang sabit kesalahan melakukan pengubahan wang haram pula boleh dipenjara hingga 10 tahun, denda sehingga S$500,000, atau kedua-duanya.

Menjalankan perniagaan menyediakan sebarang jenis perkhidmatan bayaran di Singapura tanpa lesen boleh dikenakan denda hingga S$125,000, dipenjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

"Polis mengambil pendirian tegas terhadap sesiapa yang mungkin terlibat dalam penipuan, dan pesalah akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang," menurut polis.

"Untuk mengelakkan daripada menjadi rakan subahat kepada jenayah, orang ramai harus sentiasa menolak permintaan oleh orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon bimbit anda kerana anda akan dipertanggungjawabkan jika ia dikaitkan dengan jenayah," kata polis.

Sumber : CNA/RB/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan