Buaya ditangkap di Kolam Air Lower Seletar, kegiatan air terus digantung
Seekor buaya yang dilihat di Kolam Air Lower Seletar minggu lalu sudah ditangkap, menurut agensi air negara (PUB) pada Sabtu (23 Feb).
Buaya yang ditangkap. (Gambar: PUB)
SINGAPURA: Seekor buaya yang dilihat di Kolam Air Lower Seletar minggu lalu sudah ditangkap, menurut agensi air negara (PUB) pada Sabtu (23 Feb).
Buaya itu pertama kali dikesan oleh seorang kontraktor PUB pada 14 Feb dan menyebabkan semua aktiviti air dan memancing digantung.
Pihak berkuasa berjaya memerangkap buaya itu di kolam tersebut pada sekitar 3.00 pagi hari Sabtu.
Buaya muara itu berukuran kira-kira 1.7 meter. "Ia sudah dipindahkan ke habitat liar," menurut PUB.
Menurut Lembaga Taman Negara (NParks), buaya-buaya muara adalah antara jenis buaya yang terbesar di dunia. Haiwan itu mempunyai muncung yang panjang dan ekor yang bergerigi serta boleh membesar hingga lebih 5 meter.
Sejak buaya itu dilihat, para pegawai PUB dan NParks menjalankan rondaan secara harian dan pemeriksaan pada waktu malam.
Pihak berkuasa menasihati orang awam agar tidak mendekati kolam tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.