Skip to main content

Singapura

Buaya dilihat di Kolam Air Kranji

Agensi air negara, PUB, sedang berusaha menjejaki buaya yang dilaporkan kelihatan di Kolam Air Kranji pada Selasa pagi (22 Okt), dekat dengan sebuah padang golf.

Anggaran Waktu Membaca:
Buaya dilihat di Kolam Air Kranji

(Gambar: PUB/Facebook)

Diterbitkan : 23 Oct 2019 07:50PM Dikemas Kini : 23 Oct 2019 07:58PM

SINGAPURA: Agensi air negara, PUB, sedang berusaha menjejaki buaya yang dilaporkan kelihatan di Kolam Air Kranji pada Selasa pagi (22 Okt), dekat dengan sebuah padang golf.

Kakitangan PUB sedang meronda kawasan Warren Golf and Country Club.

Papan-papan tanda juga diletakkan untuk memberi amaran kepada orang ramai agar jangan mendekati kawasan perairan, selain menutup kawasan memancing, sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Mereka yang terserempak dengan buaya terbabit dinasihatkan agar kekal tenang dan berundur perlahan-lahan.

Awal tahun ini, pihak berkuasa menangkap seekor buaya di Kolam Air Lower Seletar, dan seekor lagi di sebatang longkang di Sungei Kadut.

Sumber : CNA/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita