Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Buat semua jururawat, S'pura sangat hargai dedikasi & perjuangan anda," kata PM Lee

Hari ini (12 Mei), kurang tiga bulan sebelum hari istimewa itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong terdahulu sudah mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Jururawat!'. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lazimnya Hari Jururawat diraikan pada 1 Ogos setiap tahun di Singapura. Namun, berbeza sambutannya pada tahun ini.

Hari ini (12 Mei), kurang tiga bulan sebelum hari istimewa itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong terdahulu sudah mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Jururawat!'.

Sebenarnya hari ini adalah Hari Jururawat Antarabangsa.

Bagi PM Lee sendiri, beliau memilih untuk meluahkan penghargaan kepada para jururawat lebih awal dari biasa kerana "mereka layak diraikan lebih daripada sekali tahun ini" - apatah lagi di tengah-tengah perjuangan kita melawan virus COVID-19.

Menerusi catatan Facebooknya, PM Lee bahkan menyifatkan para petugas jagaan kesihatan sebagai "tunggak usaha kita (Singapura) melawan COVID-19".

"Jururawat khususnya, bekerja keras siang dan malam, menjaga pesakit dengan seluruh jiwa raga mereka dengan sentuhan ajaib masing-masing. Selepas syif selesai, mereka kembali ke rumah dan memenuhi tuntutan keluarga masing-masing pula," tulis PM Lee.

"Tugas mereka tidak pernah selesai!"

PM Lee selanjutnya merakamkan ucapan khas buat para jururawat.

"Khas buat semua jururawat kita, kata-kata tidak cukup untuk ucapkan betapa kita sangat hargai dedikasi & keprihatinan anda. Anda sudah bekerja keras untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kita. Sebaliknya, kita semua akan duduk di rumah dan kekal selamat untuk anda."

PM Lee turut mengongsi kisah penuh inspirasi dua jururawat Hospital Khoo Teck Phuat, Lynette and Zhi Qiang, dalam catatan Facebooknya. 

Anda sudah merakamkan ucapan anda?

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan