Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buat permohonan pasport awal bagi elak kesibukan akhir tahun: ICA

Anggaran Waktu Membaca:
Buat permohonan pasport awal bagi elak kesibukan akhir tahun: ICA

Pasport Singapura. (Gambar Fail: CNA/Calvin Oh)

Diterbitkan : 18 Aug 2022 05:51PM Dikemas Kini : 18 Aug 2022 06:09PM
SINGAPURA: Warga Singapura yang ada rancangan ke luar negara pada hujung tahun ini, dinasihatkan agar membuat permohonan pasport secepat mungkin.

Begitu juga, jika pasport mereka sudah mati atau tempoh gunanya kurang enam.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Khamis (18 Ogos).

"Ini akan mengelakkan daripada permintaan tinggi bagi permohonan pasport menjelang hujung tahun dan memberi masa secukupnya untuk ICA memenuhi permintaan bagi perjalanan akhir tahun," kata ICA dalam satu kenyataan media.

Mereka yang lambat membuat permohonan akan berdepan risiko tidak sempat mengambil pasport bila tiba masa untuk berangkat, tambah ICA.

Permohonan pasport boleh dibuat secara online menerusi laman web ICA atau aplikasi MyICA Mobile. Wadah-wadah itu juga dapat digunakan untuk menyemak status permohonan pasport.

Untuk mengelak sebarang penangguhan, mereka yang memilih untuk mengambil gambar sendiri perlu rujuk kepada garis panduan gambar di lelaman ICA.

"Pemohon yang gambar mereka tidak memenuhi garis panduan akan diminta untuk menghantar semula gambar baru," jelas ICA.

Mereka akan dimaklumkan sebaik sahaja pasport sudah siap untuk diambil menerusi emel atau kad notifikasi merah jambu dari ICA dan langsung membuat janji temu untuk mengambilnya dari Bangunan ICA atau 29 pejabat pos di merata Singapura. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk mengambil pasport di pejabat pos.

Pemohon yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pasport boleh merujuk kepada FAQ di laman web ICA atau menerusi ruang Live Chat. Mereka juga boleh menghubungi talian hotline pasport di 6812 5555.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan