Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Brigedier Jeneral David Neo ambil alih jawatan Panglima Tentera Darat Singapura mulai 10 Mac

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Brigedier Jeneral (BG) David Neo akan menjadi Panglima Tentera Darat Singapura yang baru mulai 10 Mac. Demikian diumumkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Jumaat (11 Feb).

Beliau mengambil alih jawatan daripada Mejar Jeneral Goh Si Hou, yang telah berkhidmat dalam jawatan itu selama kira-kira empat tahun.

"Perubahan ini adalah sebahagian daripada proses pembaruan kepimpinan di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF)," kata MINDEF.

BG Neo, 44 tahun, ialah timbalan setiausaha (teknologi) dan seorang pegawai komando yang telah berkhidmat dalam pelbagai pelantikan di SAF sejak 1996.

Ini termasuk  Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Pengawal Singapura, Komander Briged Infantri Singapura ke-2 dan Komander Divisyen ke-3 Singapura.

BG Neo juga menyandang jawatan kakitangan utama, termasuk ketua Jabatan Rancangan dan Transformasi Bersama, dan Pengarah Operasi Bersama di mana beliau menyelia sumbangan SAF kepada perjuangan kebangsaan mencegah COVID-19. 

MG GOH pula, telah memegang jawatan COA sejak 21 Mac 2018. 

Sepanjang tempoh itu, MG Goh menerajui transformasi bagi Generasi Tentera ke-3 selain memenuhi cabaran baru keselamatan dan keperluan tenaga manusia akan datang, kata MINDEF.

Beliau juga menyelia penyusunan semula Pasukan Bertindak Pertahanan negara ini dan Pasukan Petugas Operasi Khas untuk mengukuhkan keselamatan dalam negeri dan keupayaan menentang pengganasan. 

"Sepanjang tempoh perkhidmatannya, MG Goh memastikan tentera mengekalkan tahap siap siaga operasi di tengah-tengah cabaran pandemik COVID-19, dan mengetuai tentera untuk menyokong usaha seluruh negara memerangi COVID-19."

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan