Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Breeze' bantu pemandu cari ruang letak kereta, tempat menarik di kejiranan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu aplikasi yang membantu mencari ruang letak kereta, membandingkan bayaran, serta menjelajah kawasan kejiranan.

Aplikasi bijak 'Breeze' itu baru sahaja dilancarkan di estet perumahan Tiong Bahru di bawah program perintis enam bulan. 

Aplikasi 'Breeze' diharap dapat memudahkan perjalanan pemandu - dari mencari tempat makan di Tiong Bahru hingga kepada mendapatkan ruang meletak kereta, seseorang pengguna aplikasi  itu juga boleh membuat perbandingan bayaran tempat letak kereta.  

Pelbagai maklumat lain juga disediakan termasuk tempat-tempat menarik di sekitar kejiranan, termasuk kedai untuk produk tertentu, tempat mengecas kereta elektrik atau laluan kembara.
  
Projek itu hasil kerjasama syarikat teknologi NCS dengan Pusat Masyarakat Tiong Bahru dan Persatuan Penjaja Pasar Tiong Bahru.  

Pasukan itu mengalu-alukan maklum balas orang ramai dan mungkin mempertimbangkan untuk meluaskan aplikasi itu ke kawasan lain seperti Tanjong Pagar.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan