Skip to main content

Singapura

Brahm Centre buka cawangan ke-6 di Simei

Anggaran Waktu Membaca:
Brahm Centre buka cawangan ke-6 di Simei

(Gambar: Brahm Centre)

Diterbitkan : 23 Sep 2023 06:34PM
SINGAPURA: Para penduduk yang menetap di kawasan perumahan awam bakal mendapat lebih banyak bantuan kesihatan mental.

Badan amal Brahm Center membuka cawangannya yang keenam di Simei pada Sabtu (23 Sep), sekaligus meluaskan usaha bantuannya kepada kira-kira 50,000 orang.

Lebih banyak cawangan bakal dibuka pada masa hadapan. Sebuah cawangan akan dibuka di Jurong tahun hadapan.

Di antara kegiatan yang dilakukan adalah senaman pernafasan dan menari untuk menggerakkan badan.

Para tetamu, termasuk Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mencuba beberapa kegiatan yang ditawarkan di cawangan baharu Brahm Centre di Simei.

Selain kegiatan fizikal, pusat tersebut juga mengadakan bengkel seni dan program kaunseling.

Ia memenuhi keperluan penduduk dari semua peringkat usia, meskipun ia menumpukan kepada golongan muda disebabkan isu-isu kesihatan mental yang semakin meningkat.

"Kita melihat lebih ramai golongan muda lebih tertekan. Dan ini merupakan trend yang merisaukan. Jadi, ia penting belajar menenangkan diri dan mengimbangkan kehidupan, bukan sahaja kepada golongan muda tetapi ibu bapa juga. Kerana ibu bapa mempunyai kesan terhadap golongan muda," kata Profesor Madya Adjung Angie Chew, Pengasas dan CEO Braham Centre.

Pertubuhan tersebut juga menawarkan program latihan amali, di mana belia menganjurkan kegiatan kemasyarakatan dan mendekati penduduk.

Mereka juga bekerjasama dengan jurulatih kehidupan, untuk membina daya tahan mental.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita