Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Boys' Brigade manfaatkan wadah derma online di tengah pandemik COVID-19

Kempen amal tahunan Boys' Brigade "Share-A-Gift" atau Mengongsi Pemberian, diperbaharui tahun ini dengan memanfaatkan wadah sumbangan online.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2020 07:15PM Dikemas Kini : 18 Nov 2020 09:37PM

SINGAPURA: Kempen amal tahunan Boys' Brigade "Share-A-Gift" atau Mengongsi Pemberian, diperbaharui tahun ini dengan memanfaatkan wadah sumbangan online.

Ia bagi menjaga keselamatan dalam masa pandemik ini sambil membawa keceriaan kepada lebih 41,000 penerima yang disasarkan.

Pada tahun-tahun sebelumnya, orang awam boleh menyumbang makanan menerusi cawangan FairPrice.

Namun tahun ini, Boys' Brigade tidak lagi mengumpul makanan dan pemberian secara langsung.

Sebaliknya orang awam boleh menderma wang menerusi wadah-wadah digital, seperti PayNow, laman Giving.sg dan mesin AXS.

Buat pertama kali dalam 33 tahun, baucar FairPrice akan FairPrice akan diagihkan.

Orang awam masih boleh mengirim hamper makanan menerusi laman FairPrice Online.

Temphahan mereka akan dikirim kepada lebih 24,000 penerima bantuan Agensi-Agensi Khidmat Masyarakat. 

Sumber : CNA/ZK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan