Boya 'bijak' bantu pantau perairan, tingkat keselamatan maritim SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Boya 'bijak' akan mengawasi perairan Singapura tidak lama lagi.
Ia akan mengirim data masa nyata mengenai arus dan ombak kepada Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).
Teknologi canggih ini akan meningkatkan keselamatan pelayaran dan membolehkan pengurusan trafik secara lebih bijak di semua laluan laut sibuk di negara ini.
Menteri Negara Kanan Pengangkutan Murali Pillai berkata, cuaca yang tidak menentu meningkatkan risiko di laut,
menjadikan teknologi sedemikian penting untuk mencegah kemalangan.
Sistem tersebut dijangka dipasang mulai tahun depan.
Encik Murali berkata: "Kita boleh melengkapi keupayaan manusia dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk meramal, mencegah, dan bertindak balas dengan lebih pantas terhadap bahaya dan insiden di lautan.
"Keselamatan bermula dengan kesedaran situasi.
"Teknologi seperti dron, gambar satelit dan penderia bijak mengirim data untuk memberikan gambaran keadaan - manakala kecerdasan buatan (AI) membantu dalam membuat kesimpulan dan menyokong pengambilan keputusan yang tepat pada waktunya."
Encik Murali berucap demikian di pembukaan Minggu Keselamatan@Laut Antarabangsa.
Ia menghimpunkan pemimpin industri maritim tempatan dan seluruh dunia.
Pada minggu ini juga, Singapura akan menyelesaikan ujian dron 'dari pantai ke kapal' yang pertama, iaitu menggunakan dron untuk menghantar bekalan ke kapal dan mengambil contoh bahan api dari kapal tangki minyak.
Inovasi itu mengurangkan risiko keselamatan serta keperluan kepada tenaga kerja.
Menjelang akhir 2025, sebuah platform digital akan dilancarkan untuk melatih tenaga karyawan dalam pengendalian lebih selamat bahan api alternatif dan teknologi maritim baharu.
Selain itu, Dewan Perkapalan Antarabangsa akan menubuhkan pejabat serantau di Singapura untuk menyokong usaha memajukan amalan keselamatan merentasi seluruh industri.

Sumber : CNA/IQ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.