Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bosch Rexroth lancar pusat latihan baru bersama Politeknik S'pura

Sebuah pusat latihan baru bagi teknisyen dan jurutera sudah mula beroperasi. Syarikat Bosch Rexroth yang melancarkannya bersama Politeknik Singapura itu memberi tumpuan kepada proses pengilangan lanjutan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jul 2020 07:50PM Dikemas Kini : 22 Jul 2020 09:04PM

SINGAPURA: Sebuah pusat latihan baru bagi teknisyen dan jurutera sudah mula beroperasi. Syarikat Bosch Rexroth yang melancarkannya bersama Politeknik Singapura itu memberi tumpuan kepada proses pengilangan lanjutan.

Matlamatnya untuk menawarkan pandangan global mengenai pekerjaan dan kemahiran yang kian mendapat perhatian.

Selain latihan praktikal, pusat tersebut akan menawarkan pensijilan bagi latihan khusus bersama Dewan Perniagaan Singapura-Jerman tahun depan.

Ia turut menyediakan ruang ujian bagi syarikat-syarikat bekerjasama dalam projek-projek pengilangan lanjutan.

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat berkata sektor pengilangan kekal sebagai teras penting ekonomi walaupun dalam dunia pasca COVID-19.

Memandang ke hadapan, beliau berharap lebih banyak sektor akan turut memanfaatkan pusat tersebut.

Tambah Encik Chee, perusahaan kecil dan sederhana (SME) juga harus meraih peluang-peluang baru yang wujud.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan