Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Borang perisytiharan kesihatan digital masuk SG dikekalkan: Ong Ye Kung

Borang perisytiharan kesihatan digital bagi mereka yang memasuki Singapura akan terus dikekalkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Borang perisytiharan kesihatan digital masuk SG dikekalkan: Ong Ye Kung

Gambar fail seorang penumpang melepasi imigresen di laluan automatik di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Changi Airport Group)

SINGAPURA: Borang perisytiharan kesihatan digital bagi mereka yang memasuki Singapura akan terus dikekalkan.

Demikian menurut Menteri Kesihatan Ong Ye Kung di Parlimen hari ini (6 Feb).

Beliau berkata Kad Ketibaan SG itu perlu demi mencegah import masuk penyakit seperti ebola, demam kuning dan MERS.

Kad tersebut menurut Encik Ong, mencatatkan maklumat seperti keadaan kesihatan pelawat dan sejarah terkini perjalanan mereka, iaitu maklumat yang tiada dalam sistem pemerintah Singapura.

Walaupun perisytiharan kesihatan memang sentiasa diperlukan bagi pelawat asing ke Singapura, para penduduk tempatan turut disertakan sejak pandemik COVID-19.

Ini kerana semua pengembara berisiko menjangkiti penyakit berjangkit bukan pelawat asing sahaja.

Pengecualian hanya diberikan kepada penduduk Singapura dan pemegang pas jangka panjang yang memasuki Singapura menerusi sempadan darat dengan Malaysia.

Ini kerana jumlah ramai orang yang melalui pemeriksaan darat tersebut.

Sumber : CNA/DY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan