Boon Lay bakal diberi suntikan nafas baharu; ruang sedia ada akan miliki kegunaan lain
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kawasan Boon Lay akan diberi suntikan nafas baharu sedang ruang-ruang sedia ada bakal mempunyai kegunaan baharu bagi memenuhi keperluan masyarakat.
Rancangan bagi memberi nafas baharu kepada Boon Lay Place diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, yang mewakili Boon Lay sebagai Anggota Parlimen.
Ini termasuk pembangunan semula kawasan meletak bas sementara besebelahan Boon Lay Place Food Village selepas rundingan dengan orang awam.
Satu lagi mercu tanda yang akan diperbaharui termasuk bangunan lama UOB
Ia akan menempatkan Majlis Bandaran West Coast di tingkat pertama dan mezanin, sementara Perbadanan Bandar Jurong (JTC) sedang mencari kegunaan lain bagi bangunan tersebut.
Sementara itu, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan agensi-agensi rakan kongsi yang lain akan mengkaji kegunaan jangka panjang bagi bangunan-bangunan lain seperti yang pernah menempatkan panggung wayang Savoy.
Encik Lee berkata: "Kami sebenarnya boleh cuba mengekalkan bangunan yang menempatkan pengguna dan menyediakan mereka buat kegunaan baharu.
"Jadi jika seseorang berpindah keluar daripada sebuah bangunan, kekalkan bangunan dan menyediakannya bagi kegunaan baharu. Dengan cara ini, kami boleh memberikan nafas baharu kepada bangunan yang dikenali ramai dan memastikan mereka relevan dan segar."

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.