Skip to main content

Singapura

Bonus pertengahan tahun 0.35 bulan bagi kakitangan awam

Anggaran Waktu Membaca:
Bonus pertengahan tahun 0.35 bulan bagi kakitangan awam

Para pekerja kelihatan di Raffles Place semasa waktu makan tengah hari pada 2 Jun 2020. (Gambar: Jeremy Long)

SINGAPURA: Kakitangan awam di Singapura akan menerima bonus pertengahan tahun sebanyak 0.35 bulan dan mereka yang berada dalam gred pangkat rendah mendapat bayaran tambahan sekali saja sebanyak S$200 atau S$400.

Demikian diumumkan oleh Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) hari ini (20 Jun).

Kakitangan awam dalam gred setara MX13(I) dan MX14 akan menerima bayaran tambahan sekali saja sebanyak S$200. Pegawai dalam gred setara MX15 dan MX16, serta Gred OSS III hingga V akan menerima bayaran tambahan sekali saja sebanyak S$400.

Pembayaran pertengahan tahun tersebut mengambil kira pertumbuhan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) Singapura pada 2022 yang berkemungkinan diraih pada bahagian bawah julat unjuran antara tiga dengan lima peratus di tengah-tengah "keadaan ekonomi tidak menentu", menurut PSD.

Menyusuli pemulihan ekonomi pada 2021, ekonomi Singapura berkembang sebanyak 3.7 peratus berdasarkan dari tahun ke tahun pada suku pertama 2022.
Unjuran permintaan luar tahun ini semakin merosot disebabkan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, yang sudah "memburukkan lagi gangguan bekalan sejagat dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi," tambah PSD.

"Dalam menentukan pembayaran Komponen Berubah-ubah Tahunan (AVC) akhir tahun, pemerintah akan terus memantau situasi ekonomi dengan teliti dan Garis Panduan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) yang akan dikeluarkan pada hujung tahun ini."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita