Bom Perang Dunia Kedua dialihkan dari tapak binaan Ang Mo Kio
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Sebuah bom era Perang Dunia Kedua dialihkan daripada tapak binaan di Ang Mo Kio pada Jumaat (28 Jun), di mana stesen MRT Teck Ghee akan dibina.
Polis menyatakan bom itu ditemui ketika kerja-kerja penggalian dijalankan di tapak yang terletak di Ang Mo Kio Avenue 1 menghala ke Marymount Road.
Mereka dimaklumkan tentang kes tersebut pada kira-kira pukul 5.45 petang dan bekerjasama dengan unit pasukan pelupusan kelengkapan bahan letupan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk memastikan bahawa ia adalah bom Perang Dunia Kedua yang belum meletup.
Pada September lalu, beribu-ribu orang yang tinggal dan bekerja di Upper Bukit Timah mengosongkan bangunan mereka selama beberapa jam, sementara para pakar menangani bom udara Perang Dunia Kedua seberat 100 kilogram yang ditemui di tapak binaan kondominium Myst.
Pasukan pelupusan bom SAF pada ketika itu menilai bahawa ia tidak selamat untuk memindahkan bom tersebut, dan menjalankan "pelupusan terkawal" di tapak itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.