Bom Perang Dunia II 250kg berjaya dilupus; tidak jejas operasi lapangan terbang: CAG
Bom seberat 250 kilogram dari era Perang Dunia II yang ditemui di sebuah tapak binaan di Tanah Merah Coast Road berjaya dilupuskan pada pagi Khamis (2 Apr).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Changi Airport Group (CAG) menyatakan pelupusan peninggalan perang itu tidak menjejaskan operasi lapangan terbang.
“Infrastruktur dan sistem di sekitar kawasan itu telah diperiksa dan tiada sebarang isu dikesan.”
Peninggalan perang tersebut, yang ditemui semasa kerja-kerja binaan dijalankan pada pukul 4.55 pagi Selasa, dinilai sebagai tidak selamat untuk dialihkan oleh pasukan Pelupusan Bahan Letupan (EOD) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Pelupusan bom itu dijalankan di lokasi penemuannya.
Peta lokasi pelupusan yang disediakan polis menunjukkan kawasan tersebut terletak di dalam kawasan pembangunan Changi East, di mana Terminal 5 dirancangkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.