Skip to main content

Singapura

Bola sepak: Nazri Nasir pegang 'peranan penasihat', teruskan program pemulihan angin ahmar

Ketua jurulatih pasukan Singa Muda, Nazri Nasir akan mengambil "peranan penasihat" tahun ini sedang beliau meneruskan pemulihannya setelah mengalami serangan angin ahmar ringan tahun lalu, umum Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Khamis (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Nazri Nasir pegang 'peranan penasihat', teruskan program pemulihan angin ahmar

(Gambar: Twitter/Young Lions)

Diterbitkan : 11 Mar 2021 08:06PM Dikemas Kini : 11 Mar 2021 08:11PM

SINGAPURA: Ketua jurulatih pasukan Singa Muda, Nazri Nasir akan mengambil "peranan penasihat" tahun ini sedang beliau meneruskan pemulihannya setelah mengalami serangan angin ahmar ringan tahun lalu, umum Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Khamis (11 Mac).

Jurulatih Philippe Aw akan memimpin serangan Singa Muda dalam musim baru Liga Perdana Singapura (SPL) 2021 menentang Balestier Khalsa pada Ahad.

Nazri akan kekal menjadi "anggota penting" kakitangan jurulatih Singa Muda dalam peranannya sebagai penasihat tahun ini, kata FAS.

Bekas kapten bola sepak negara itu mengalami strok ringan setelah dimasukkan ke hospital pada 16 Disember untuk menjalani prosedur perubatan, menurut FAS pada Disember. Beliau dibenarkan pulang lewat bulan itu.

"Tambahan lagi, Nazri, dalam peranannya sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Bawah 22 tahun, akan memantau pemain yang layak di kelab-kelab SPL dan bekerjasama rapat dengan jurulatih kelab sebagai sebahagian daripada persiapan bagi Kelayakan Piala Asia 2022 AFC U-23 pada lewat Oktober dan Sukan SEA pada November," tambah FAS.

Aw, 44 tampil memimpin persiapan pra-musim Singa Muda menyusuli prosedur perubatan Nazri tahun lalu. Beliau juga akan menolong Nazri dengan U-22 semasa jendela antarabangsa musim ini.

Bekas pemain tengah bagi pasukan negara, Nazri antara pemain yang mencurah segalanya bagi Singapura menjulang Piala Tiger 1998. Beliau juga bertugas sebagai jurulatih sementara skuad kebangsaan dan merupakan penolong jurulatih pasukan negara di bawah jurulatih negara Tatsuma Yoshida.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita