"Bola pikel" kian popular sebabkan ruang terhad di SG jadi rebutan
Anggaran Waktu Membaca:
Aduan bunyi bising tentang pickleball membawa kepada lebih banyak sekatan terhadap permainan sukan ini. (Ilustrasi: CNA/Clara Ho)
SINGAPURA: Apabila jurulatih bola pikel Singapura, Wil Heng, mula mengenali sukan ini pada tahun 2022, beliau rasa seolah-olah kembali ke zaman kanak-kanaknya.
Lelaki berusia 41 tahun itu menyamakan sukan ini dengan aktiviti kampung, di mana rakan-rakan berkumpul untuk berpeluh, bersenam dan berseronok. Beliau mula bermain sekerap lima kali seminggu.
Tetapi kini, kekerapan permainannya sudah berkurangan.
"Jika ada satu gelanggang untuk bermain, nisbahnya mungkin 50 orang berebut untuknya," kata Encik Heng, yang kini cuba bermain pada waktu di luar waktu sibuk.
Tiada maklumat awam mengenai jumlah pemain bole pikel aktif, sukan yang menggabungkan aspek badminton, tenis dan tenis meja.
Namun, apabila tempahan gelanggang bola pikel mula diuji di dewan sukan ActiveSG pada 2014, terdapat kurang daripada 20 tempahan setiap bulan, kata jurucakap badan induk Sport Singapore (SportSG).
Sebagai perbandingan, terdapat hampir 8,000 tempahan sebulan di kemudahan ActiveSG pada separuh pertama 2025.
Persatuan Rakyat (PA) juga melaporkan peningkatan penyertaan bola pikel sebanyak 40 peratus di kejohanan tahunan tahun ini, berbanding tahun sebelumnya.
Data dari Persatuan Bola Pikel Singapura (SPA) menunjukkan bahawa peserta dalam pertandingan Pesta Sukan tahunan meningkat hampir lima kali ganda daripada 424 pada 2022 kepada 2,106 tahun ini.
Presiden SPA, Lim Ee Kiong, memberitahu Mediacorp bahawa walaupun halangan untuk menceburi bola pikel "sangat rendah", beliau selalu membayangkan pertumbuhan sukan ini "mungkin sedikit lebih terkawal, dan tidak begitu pesat".
Menurut SportSG, kini terdapat kira-kira 70 gelanggang di pelbagai pusat sukan ActiveSG dan kemudahan skim dwipenggunaan, yang boleh digunakan untuk bola pikel. Kemudahan skim dwipenggunaan berada di sekolah dan hanya boleh ditempah pada hujung minggu.
Tetapi, mendapatkan gelanggang melalui sistem tempahan ActiveSG adalah sukar, kata pemain bola pikel kepada Mediacorp.
Apabila Mediacorp cuba menempah gelanggang melalui ActiveSG pada pagi hari kerja, terdapat enam belas gelanggang yang tidak tersedia atau untuk diundi. Enam tersedia tetapi slot yang ditawarkan adalah untuk waktu di luar waktu sibuk, biasanya antara pukul 12.00 tengah hari dengan 2.00 petang.
Encik Heng, jurulatih itu, menyamakan proses itu seperti "berebut tiket konsert Taylor Swift".
"Setakat ini, saya sudah undi enam kali. Saya dapat sekali, dan selama dua jam. Dua jam tidak cukup," katanya.
Walaupun gelanggang badminton di pusat masyarakat tersedia untuk ditempah, tidak semua membenarkan bola pikel, dan pemain sering menghadapi peraturan yang berbeza-beza.
Peminat bola pikel, Charlie Teo, yang sudah bermain sukan itu selama lebih 30 tahun, berkata beliau pernah berdepan dengan kakitangan yang memberitahunya beliau hanya boleh bermain bola pikel jika beliau menempah kedua-dua gelanggang yang tersedia di pusat komunitinya.
"Sesetengah pengurus menyokong bola pikel; tiada masalah. Sesetengah orang tidak; maka anda mempunyai banyak masalah," katanya, sambil menambah bahawa sekatan sedemikian hanya muncul dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut laman PA, keputusan untuk membenarkan penggunaan gelanggang badminton untuk bola pikel adalah mengikut budi bicara pusat masyarakat. Pada masa ini, sembilan daripadanya membenarkannya.
Daripada jumlah ini, satu pusat memerlukan pemain untuk menempah seluruh dewan untuk bermain bola pikel.
Sebagai respons kepada pertanyaan daripada Mediacorp, PA menyatakan susunan sedemikian ditentukan melalui "penilaian tempatan yang mengambil kira kemudahan yang ada dan keperluan masyarakat di setiap lokasi".
Gelanggang privet adalah satu lagi pilihan, walaupun lebih mahal.
Menyewa gelanggang di akademi Play! Pickle berharga antara S$20 dengan S$35 sejam. Di Performance Pickleball, ia antara S$32 hingga S$40 sejam.
ActiveSG mengenakan bayaran kepada warga Singapura dan penduduk tetap antara S$3.50 dengan S$7.40 sejam untuk bermain bola pikel di gelanggang tertutup. Gelanggang badminton di pusat masyarakat boleh berharga dari S$4 hingga S$16 sejam.
PERSAINGAN DAN BUNYI BISING
Dengan gelanggang tertutup yang terhad, pemain terpaksa keluar ke gelanggang awam serba guna.
Tetapi dengan itu datang isu-isu lama yang tidak dapat dielakkan mengenai penggunaan dan ruang.
Encik Wayne Kwan, 38 tahun, penganjur kumpulan minat bola pikel, berkata ahli kadang-kadang bertembung dengan pemain sukan lain, seperti badminton dan sepak takraw.
"Ia sentiasa berdasarkan siapa cepat dia dapat. Jadi untuk situasi seperti itu, anda tidak boleh benar-benar mengatakan bahawa anda mempunyai lokasi yang pasti pada masa dan tarikh yang pasti," katanya.
Satu lagi cabaran berkaitan dengan bunyi bising – diburukkan lagi oleh fakta bahawa kebanyakan gelanggang awam berada berhampiran dengan estet perumahan.
Anggota Parlimen untuk Mountbatten, Gho Sze Kee, berkata dalam catatan Facebook pada awal Ogos bahawa terdapat maklum balas daripada penduduk mengenai bunyi bising yang "berterusan" dari gelanggang di sebuah blok di kawasan undinya.

Awal bulan ini, Mediacorp melaporkan bahawa sekurang-kurangnya empat majlis bandaran mengenakan sekatan ke atas permainan bola pikel, termasuk menghadkan akses ke gelanggang dan menetapkan waktu bermain.
Sesetengah peminat berkata mereka menyedari bunyi "tak" yang dihasilkan oleh bola plastik berlubang yang memukul kayu pemukul, dan kesannya kepada persekitaran mereka.
Yang lain membangkitkan kebimbangan mengenai sekatan ke atas sukan yang sedang berkembang itu.
"Ada yang memilih untuk melarang sepenuhnya. Ada yang memilih untuk berhenti pada masa tertentu, tetapi hanya kerana tindak balas tergesa-gesa (terhadap aduan penduduk)," kata Encik Alan Chang, 60 tahun, yang mula bermain bola pikel pada 2019.
Cik Vanisha Chandiramani, 56 tahun, menunjukkan bahawa beberapa gelanggang awam akan tidak digunakan jika bukan kerana pemain bola pikel.
"Ia terbiar sahaja dan tidak membawa sebarang manfaat," kata peguam itu, yang mula bermain sukan itu dua tahun lalu.
Encik Roger Ho, yang mengasaskan Masyarakat Bola Pikel Top Pro, berkata sukan itu adalah jalan bagi warga emas untuk bersenam dan bersosial.
Sejak bermula pada tahun 2022, kumpulan minat itu sudah berkembang daripada hanya beberapa ahli kepada lebih 1,500 – 90 peratus daripadanya adalah warga emas.
"Mereka bebas... tetapi ke mana mereka pergi untuk bermain? Persoalannya, bukankah kita mempromosikan warga emas untuk bersenam? Bola pikel adalah permainan yang tepat," kata Encik Ho, 63 tahun.
Terdapat perbincangan mengenai penggunaan bola yang lebih lembut – walaupun pemain bola pikel Encik Lau berkata berbuat demikian mungkin "menghilangkan intipati permainan".
"Beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh pemain bola pikel ialah benar-benar menguruskan bunyi yang mereka buat daripada sorakan, atau daripada keterujaan," kata lelaki berusia 50 tahun itu, yang enggan berkongsi nama penuhnya.
Sebagai respons kepada laporan Mediacorp mengenai majlis bandaran yang menetapkan sekatan, Cik Gho menulis dalam catatan Facebook pada Rabu (3 Sep) bahawa "pertikaian sedemikian" dijangka berlaku dalam masyarakat bandar yang padat.
Beliau menambah bahawa pihak berkuasa akan terus "mendengar dan melibatkan diri".
"Tiada cara kita boleh menggembirakan semua orang. Tetapi perbuatan tolak ansur sedikit lebih kurang oleh semua orang akan memberikan kesan yang sangat besar," tulisnya.
PENYELESAIAN YANG BOLEH DILAKUKAN
Presiden persatuan bola pikel, Encik Lim, selama bertahun-tahun cuba melobi untuk lebih banyak ruang gelanggang, menghubungi pihak berkepentingan daripada majlis bandaran hingga pengurusan kondominium.
Beliau berkata beliau menyedari bahawa sukan lain juga memerlukan penggunaan gelanggang awam, dan oleh itu menggesa agar lebih banyak gelanggang serba guna dibina dan bukannya hanya membina gelanggang bola pikel khusus yang baharu.
Encik Lim mencadangkan agar gelanggang serba guna dibina di dalam taman awam, sama seperti apa yang dilakukan di bandar-bandar seperti Bangkok, Taipei dan Jeju.
Ini akan mengekang bunyi bising dan bukannya membiarkannya bergema di blok-blok perumahan.
Peminat bola pikel yang dihubungi Mediacorp juga mencadangkan pelbagai idea untuk meningkatkan jumlah kemudahan, termasuk dengan mengubah suai ruang yang tidak digunakan seperti gudang, tempat letak kereta dan gelanggang tenis lama.
Mereka juga mencadangkan penambahan lebih banyak tempat berbumbung di gelanggang awam, agar sukan itu dapat dimainkan tanpa mengira masa dan cuaca. Mempunyai lebih banyak gelanggang berbumbung juga akan menggalakkan orang ramai untuk bermain pada tengah hari, bukannya pada awal pagi, kata mereka.
Antara lain, SportSG sedang bekerjasama dengan lebih banyak sekolah untuk membuka dewan serba guna mereka di bawah skim dwipenggunaan.
Agensi itu juga bekerjasama dengan majlis bandaran dan PA untuk mengenal pasti lebih banyak lokasi yang boleh digunakan untuk kemudahan sukan.
Dalam satu pengumuman pada pertengahan Ogos, Penguasa Tanah Singapura (SLA) menyatakan sebuah hartanah negeri di 179 Piccadilly di Seletar diperuntukkan untuk kegunaan sedemikian, dengan penyediaan sekurang-kurangnya lapan gelanggang bola pikel.
Di Chua Chu Kang, gelanggang bola pikel baharu akan dibina berhampiran kemudahan sukan sedia ada, pada suku pertama tahun depan.
Encik Lim dari SPA berkata penyelesaian sedemikian adalah "serampang dua mata".
""Apabila kita menambah (ruang) hari ini, esok ia akan menjadi tidak cukup… kerana ia merangsang lagi permintaan yang sedia ada," katanya.
"Tetapi adakah itu bermakna kerana itu, anda tidak memberi menambah ruang mengikut permintaan? Itu juga agak pelik. Jadi (ia) mesti sampai ke tahap keseimbangan tertentu."

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.