BlueSG kecualikan yuran langgan Januari selepas gangguan aplikasi pada Disember
Anggaran Waktu Membaca:

Kereta elektrik BlueSG. (Gambar: Olivia Siong)
SINGAPURA: Syarikat perkongsian kereta BlueSG pada Rabu (10 Jan) mengumumkan bahawa ia akan mengecualikan yuran langganan pada Januari atas "sebarang masalah yang berlaku".
Namun, para pengguna berkata langkah tersebut tidak mencukupi.
Dalam satu catatan Facebook, syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada pelanggannya atas "sokongan tidak berbelah bahagi ... semasa waktu mencabar" dan menyatakan bahawa ia "komited sepenuhnya untuk memperbaiki keadaan".
Semua pengguna akan menerima pengecualian pembayaran langganan, yang bermula pada 1 sehingga 31 Januari.
"Kita juga sedang meneroka pampasan bagi mereka yang sangat terkesan, termasuk pelanggan premium," tambah BlueSG.
Meskipun demikian, beberapa pengguna yang bercakap dengan Mediacorp pada Rabu berkata bahawa lebih banyak boleh dilakukan dan yuran bagi Disember 2023 juga sepatutnya dikecualikan.
Sejak bulan lalu, pengguna berdepan beberapa masalah ketika menggunakan khidmat BlueSG. Terdapat gangguan yang menyebabkan caj sewa yang tidak tepat, dan pengguna tidak dapat mencari kereta yang disewa atau tempat meletak kereta.

Encik Shahir Ismail, 28 tahun, seorang penolong jurutera, mengalu-alukan pengumuman BlueSG. Namun, beliau berkata bahawa yuran langganan pada Disember 2023 patut dikecualikan kerana "ramai anggotanya tidak boleh menyewa kenderaan BlueSG langsung" bulan lalu.
Dalam catatan Facebook BlueSG yang mengumumkan pengecualian itu, beberapa pelanggan juga meminta syarikat tersebut melakukan lebih banyak lagi, termasuk membayar yuran pengangkutan pengguna ketika mereka tidak dapat menyewa kereta.
BlueSG mengecaj pelanggannya S$8 sebulan untuk pelan keanggotaan asas, dan S$18 sebulan untuk pelan premium.
Pelanggan juga dikenakan bayaran sewa antara 36 sen dan 52 sen seminit, bergantung kepada jenis kereta yang disewa.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.