Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Biskut selamat dimakan secara sederhana; 'mustahil' elak bahan tertentu: SFA

Biskut dan biskut tawar selamat jika dimakan secara sederhana, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) hari ini (29 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Biskut selamat dimakan secara sederhana; 'mustahil' elak bahan tertentu: SFA

Gambar: istock

Diterbitkan : 29 Oct 2021 01:57PM Dikemas Kini : 29 Oct 2021 02:00PM

SINGAPURA: Biskut dan biskut tawar selamat jika dimakan secara sederhana, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) hari ini (29 Okt).

Para pengguna juga dinasihatkan supaya mengelak daripada memakan secara berlebihan makanan yang diproses pada suhu tinggi seperti makanan digoreng, dibakar dan dipanggang.

Selain itu, SFA juga menyatakan ia maklum tentang laporan-laporan mengenai bahan-bahan yang dikesan dalam biskut dan biskut tawar yang siap bungkus: iaitu Akrilamida, ester asid lemak glisidil (GE) dan ester 3-MCPD.

Laporan-laporan itu menyifatkan bahan-bahan tersebut sebagai karsinogen genotoksik, juga dikenali sebagai bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan barah, menurut SFA.

Namun, SFA menambah bahawa Agensi Antarabangsa bagi Kajian mengenai Barah menyatakan buat masa ini tiada "bukti kukuh yang menunjukkan" bahawa bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan barah dalam tubuh manusia.

"Bahan-bahan ini dihasilkan secara semula jadi apabila produk-produk makanan diproses pada suhu tinggi dan kurang lembapan," jelas SFA.

"Penghasilan biskut dan biskut tawar melibatkan pemprosesan pada suhu tinggi dan penggunaan bahan yang mengandungi lemak dan minyak. Oleh itu, ia memang dijangkakan bahawa akrilamida, ester GE dan 3-MCPD dikesan dalam sampel-sampel biskut dan biskut tawar yang diuji."

"Meskipun ia "mustahil" untuk mengelak daripada terhasilnya bahan sedemikian dalam produk-produk makanan, SFA menyatakan Singapura mengamalkan pendekatan "jumlah serendah mungkin" bagi bahan-bahan kimia itu, sama seperti badan piawaian antarabangsa bagi keselamatan makanan.

Walaupun buat masa ini tiada piawaian antarabangsa yang mengkhususkan had bagi ketiga-tiga bahan tersebut, Pesuruhjaya Alimentarius Codex (CAC) melaksanakan tata amalan untuk mengurangkan jumlah bahan-bahan tersebut dalam makanan, berbanding meletakkan had maksimum.

"Ini bermakna para pengilang seharusnya mengurangkan kewujudan bahan-bahan ini sebanyak mungkin, tanpa menjejas dengan teruk rantaian pembekalan makanan," tambah SFA.

Ini juga dilaksanakan oleh negara lain seperti Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

SFA menambah ia akan terus memantau perkembangan terkini saintifik berhubung bahan-bahan tersebut dan akan terus memantau bahan-bahan itu dalam bekalan makanan Singapura bagi menjamin keselamatan pengguna.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan