Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BioNTech tubuh loji pengilangan vaksin COVID-19 di S'pura

BioNTech, pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 yang digunakan di Singapura, akan menubuhkan ibu pejabat rantau Asia Tenggaranya serta kemudahan pengilangan mRNA di Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 May 2021 04:54PM Dikemas Kini : 11 May 2021 12:38AM

SINGAPURA: BioNTech, pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 yang digunakan di Singapura, akan menubuhkan ibu pejabat rantau Asia Tenggaranya serta kemudahan pengilangan mRNA di Singapura.

Pembinaan kemudahan itu dijadualkan bermula pada 2021, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa perancangan, Syarikat itu dijangka beroperasi mulai 2023.

Sehingga 80 pekerjaan tempatan kemungkinan diwujudkan bagi menyokong kemudahan baru itu.

Dalam satu kenyataan media pada Isnin (10 Mei), syarikat bioteknologi itu menyatakan kemudahan baru tersebut akan menyediakan kapasiti bekalan serantau dan sejagat bagi produk-produk BioNTech dan membolehkan ia untuk memberi respons dengan segera bagi menangani ancaman pandemik berpotensi di rantau ini.

mRNA, yang merupakan singkatan bagi penghantar asid ribonukleat, adalah sejenis molekul yang apabila disuntik ke dalam tubuh manusia, memperdayanya untuk menghasilkan beberapa protein virus itu sendiri dan oleh itu beberapa molekul virus.

BioNTech menyatakan dalam kenyataannya bahawa kemudahan pengilangan itu akan memanfaatkan prasarana pengeluaran serta digital yang canggih.

“Ia akan dilengkapi untuk menghasilkan pelbagai vaksin dan terapi mRNA baru bagi penyakit berjangkit serta barah," tambahnya.

"Tapak yang dibayangkan itu akan menyediakan kemampuan pengeluaran mRNA yang sangat automatik dan menyeluruh meliputi bahan ubatan, produk ubatan dan pengisian serta penyelesaian bungkusan, dengan anggaran kapasiti tahunan beberapa ratus juta dos vaksin berasaskan mRNA bergantung kepada vaksin khusus." 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan