Biografi 'A Life Well Lived: My Father Ustaz Ali' rakam sumbangan besar Allahyarham Ustaz Ali Haji Mohamed
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Legasi mantan pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), dan pengerusi Masjid Khadijah, Allahyarham Ustaz Ali Haji Mohamed kini diabadikan dalam sebuah biografi yang merakamkan perjalanan hidupnya yang penuh makna.
Buku biografi bertajuk 'A Life Well Lived: My Father Ustaz Ali' itu dilancarkan tetamu terhormat Menteri Kanan Teo Chee Hean di majlis berbuka puasa anjuran RRG dan Masjid Khadijah pada Isnin (17 Mac).
Buku setebal 184 muka surat itu ditulis oleh anak Allahyarham, Ustaz Dr Mohamed Ali, yang juga Pengerusi Bersama RRG dan merakamkan perjalanan hidup Ustaz Ali, seorang pemimpin yang disegani dan dihormati ramai.

Ustaz Dr Mohamed, dalam ucapannya berkata: "Idea untuk menerbitkan buku ini timbul apabila Allahyarham Ustaz Ali masih lagi hidup. Kami ingin mendokumentasikan pengalaman kehidupannya untuk memberi inspirasi kepada masyarakat. Dengan pemergiannya, kami komited untuk melestarikan cerita kehidupannya dan mengiktiraf legasi Allahyarham."
Buku itu turut memaparkan perkongsian pengalaman beberapa individu yang dekat dengan Allahyarham, termasuk Menteri Negara Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Datuk Bandar CDC Tenggara Encik Fahmi Aliman.
"Beberapa kisah yang dikongsi itu, saya sendiri tidak pernah mendengarnya. Tetapi apa yang meninggalkan kesan untuk saya adalah semangat dan ekspresi mereka apabila bercakap tentang personaliti Allahyarham. Kisah-kisah mereka dapat menyatukan bersama satu gambaran yang menyeluruh untuk seorang insan yang mana baktinya lebih besar daripada kehidupannya," ujar Ustaz Dr Mohamed.
Selain itu, buku itu juga menggariskan beberapa pencapaian besar yang diterima oleh Allahyarham, termasuk pelaksanaan Biasiswa Ali Hj Mohamed di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan perasmian Auditorium Masjid Khadijah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong pada tahun lalu.
Ustaz Dr Mohamed berharap buku tersebut menjadi sumber inspirasi bagi golongan muda dan para asatizah.

"Allahyarham Ustaz Ali telah memberi inspirasi dan membimbing ramai individu. Saya berharap agar buku ini akan menjadi wadah transformatif. Semangat beliau untuk menimba pengetahuan merupakan antara faktor yang mempengaruhi dirinya. Pengajaran sebegini boleh memberi manfaat kepada semua orang, terutama sekali golongan asatizah," kata Ustaz Dr Mohamed.
SM TEO TEKAN PERANAN PENTING RRG, ALLAHYARHAM USTAZ ALI, DALAM MENENTANG ANCAMAN EKSTREMISME
Dalam ucapannya, SM Teo menekankan pentingnya menghargai dan melindungi perpaduan serta keamanan di Singapura.
Di tengah-tengah ketidaktentuan global, seperti perang budaya, perang perdagangan, dan kekejaman peperangan, ketenangan dan perpaduan Singapura adalah sesuatu yang amat berharga.
Ancaman radikalisme dan ekstremisme semakin meruncing, terutamanya dengan landskap keselamatan global yang tidak menentu.
Penyebarannya dipercepatkan lagi oleh internet dan media sosial.
Baru-baru ini, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura mengumumkan penahanan dan perintah sekatan ke atas beberapa rakyat Singapura yang terpengaruh oleh ideologi ekstremis, termasuk ekstremisme sayap kanan.
"Di banyak masyarakat, mereka hanya bergantung pada langkah-langkah punitif untuk menangani ancaman ini, dengan tahap kejayaan yang berbeza. Di Singapura, kami mengambil pendekatan seluruh masyarakat dan program pemulihan serta integrasi semula oleh RRG menjadi teras usaha kami," kata beliau.
RRG memainkan peranan utama dalam memahami, berinteraksi, dan mendidik individu yang terpengaruh dengan ideologi radikal, dengan tujuan untuk mengatasi masalah ini sebelum ia timbul.
"Salah satu contoh adalah manual terbaru RRG yang memberi tumpuan kepada kaunseling dan bimbingan belia. Saya gembira kerana RRG juga telah mewujudkan program penglibatan masjid untuk melengkapkan sukarelawan masjid bagi mengenal pasti belia yang memerlukan bantuan dan kaunseling," jelas beliau.
"Pengesanan awal dan campur tangan adalah kunci untuk mencegah belia kita daripada mendatangkan mudarat kepada diri mereka sendiri dan orang lain," katanya lagi.
Beliau memberi penghormatan kepada tokoh yang telah memberi sumbangan besar dalam memelihara perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat Singapura.
"Kerja baik yang dilakukan oleh RRG adalah mungkin kerana sumbangan ahli dan sukarelawan mereka, dan saya merasa amat berbesar hati untuk hadir di sini untuk menghormati salah seorang perintis RRG, sahabat baik saya, Allahyarham Ustaz Ali Hj Mohamed.
"Almarhum telah menjalani kehidupan tanpa mementingkan diri sendiri. Masyarakat Islam kita menjadi lebih bersepadu, lebih mampu menjalani kehidupan beragama dan moden dan lebih bersedia menghadapi cabaran dunia. Ustaz Ali amat dirindui namun legasinya patut diteruskan dalam usaha kita bersama untuk menjadikan Singapura tempat tinggal yang lebih inklusif," ujar beliau.
Sekitar 70 tetamu yang menghadiri majlis iftar itu termasuk para pemimpin Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), para pemimpin masyarakat dan para relawan.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.