Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bioetika akan jadi keprihatinan utama; perlu cermin nilai masyarakat, kata DPM Heng

Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan Data Besar akan menjadi keprihatinan utama bioetika di Singapura dan merata dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Bioetika akan jadi keprihatinan utama; perlu cermin nilai masyarakat, kata DPM Heng

DPM Heng Swee Keat berkata berucap di persidangan bioetika ke-20 yang diadakan secara maya siang tadi (17 Jun). (Gambar: Heng Swee Keat/Facebook)

Diterbitkan : 17 Jun 2021 10:15PM Dikemas Kini : 17 Jun 2021 10:19PM

SINGAPURA: Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan Data Besar akan menjadi keprihatinan utama bioetika di Singapura dan merata dunia.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata demikian semasa berucap di persidangan bioetika ke-20 yang diadakan secara maya siang tadi (17 Jun).

Beliau menarik perhatian tentang inovasi seperti AI yang membolehkan penyakit kronik dikesan awal.

Namun DPM Heng memberi amaran bidang baru seumpama itu perlu diceburi secara berhati-hati.

"Kemajuan pesat dalam perubatan manusia dan potensi, akan membuka perbatasan etika yang baru. Satu senario adalah penggunaan AI dalam bioteknologi mungkin satu hari nanti mendorong para saintis mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku manusia.

"Oleh itu, kita harus menangani keprihatinan itu secara proaktif dari peringkat awal lagi. Di Singapura, kami amat berhati-hati dalam memastikan perlindungan data, privasi dan keselamatan dijaga, sedang kita meneroka inovasi-inovasi baru," jamin beliau.

Oleh itu, DPM Heng menekankan perlunya bagi bioetika mencerminkan nilai-nilai masyarakat.

Ia harus juga mengambil kira pelbagai pandangan selain daripada golongan karyawan perubatan, seperti peguam, wakil agama dan pihak media.

Bioetika semasa pandemik COVID-19 juga dibincangkan semasa persidangan berkenaan.

Dalam pada itu, Pengarah Khidmat Perubatan Profesor Madya Kenneth Mak menekankan peri pentingnya mengimbangi keperluan kerja dengan pantas dengan mengekalkan piawai etika.

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan