Bina daya tahan, erat persahabatan antara kaum melalui kem bola sepak
Jadi, peserta Program Tuisyen MENDAKI (MTP) itu enggan terlepas peluang untuk menyertai satu kem bola sepak pada musim cuti sekolah ini.
Noor Hozireen dalam kalangan 80 kanak-kanak yang berusia umur 7 hingga 12 tahun yang menyertai kem di padang futsal Kick Off! di Hougang pada Rabu (12 Jun) dan Khamis (13 Jun) ini.
"Perasaan saya gembira dan seronok kerana sukan ini kegemaran saya. Saya harap belajar untuk bermain bola dengan bagus," kata Noor Hozireen, 10 tahun.

Para peserta mendapat bimbingan daripada sembilan jurulatih dari Akademi Bola Sepak Active SG dan SportsCares.
Selain meningkatkan kemahiran dalam bola sepak, kem itu juga mahu membina daya tahan dan mengeratkan persahabatan antara kanak-kanak daripada berlainan kaum melalui sukan.
Para peserta juga berpeluang menonjolkan bakat mereka dalam satu perlawanan persahabatan pada hari kedua.
Menteri Negara bagi Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Encik Alvin Tan hadir di acara pelancarannya pada petang Rabu (12 Jun).

Beliau memuji usaha menyediakan ruang untuk anak-anak berinteraksi dan menjalin hubungan dengan rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang.
“Kepelbagaian kami adalah sumber kekuatan kami dan identiti unik Singapura kami. Kem Bola Sepak Bersama Kumpulan Bantuan Diri ini merangkum kepelbagaian ini, dengan menyediakan ruang untuk anak-anak kita berinteraksi dan menjalin hubungan dengan rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang. Kami berterima kasih kepada Kumpulan Bantuan Diri kami kerana membina ruang yang lebih penyayang dan inklusif untuk semua,” kata Encik Tan yang juga Menteri Negara bagi Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.
Timbalan Ketua Eksekutif (DCE) MENDAKI, Dr Noraslinda Zuber pula berkata: "Bola sepak adalah sukan kegemaran setiap peringkat usia di Singapura. Ia sering dimainkan di sekolah dan kawasan kejiranan. MENDAKI gembira dapat berganding bahu dengan Badan-Badan Bantu Diri yang lain untuk adakan 'Kem Bola Sepak Bersama Badan Bantu Diri' ini.
"Saya harap melalui kem ini kita dapat membina daya tahan anak-anak kita, rapatkan persahabatan dan juga kukuhkan gerak kerja berpasukan bersama."
MENDAKI merancang untuk menganjurkan lebih banyak kegiatan serupa dalam pada masa hadapan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.