Bilik dormitori pekerja hijrahan direka semula supaya rasa seperti di rumah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: DASL)
SINGAPURA: Selama empat minggu pada tahun lalu, Encik Subbiah Arjunraja, 30 tahun, menetap di sebuah bilik dormitori yang direka khas, berbeza daripada yang lain di negara ini.
Katilnya disusun untuk mewujudkan ruang-ruang berlainan, seperti ruang berehat, menukar pakaian dan memasak, semuanya di dalam bilik tersebut.

Papan dipasang di antara katil-katil untuk privasi dan menawarkan lebih banyak tempat untuk menyimpan barang-barang pekerja.
Bilik tersebut juga mempunyai almari, yang dibuka menggunakan kunci kad, dan dipasang dengan lampu penderia gerakan. Dormitori sedia ada hanya menyediakan lokar yang ditarik dari bawah katil.
Encik Arjunraja dan tujuh pekerja lain diberikan kamera pakai buang untuk merakam kehidupan di rumah sementara mereka, sebuah bilik prototaip yang dicipta sebagai sebahagian daripada Projek Masyarakat.
Pada Ogos ini, projek tersebut memenangi anugerah Emas Reka Bentuk Singapura Terbaik (SG Mark), yang mengiktiraf reka bentuk yang memberi kesan kepada perniagaan dan masyarakat di Singapura.
"Mereka menyediakan beberapa kemudahan di dalam bilik kami seperti ruang belajar dan meja makan," kata Encik Arjunraja.
"Perkara kegemaran saya adalah ruang belajar kerana saya ingin belajar sesuatu, namun di dalam bilik, saya tidak boleh kerana orang lain ingin berehat," katanya sambil menambah bahawa dia sedang mengikuti kursus meninjau tanah.
Persatuan Dormitori Singapura Berhad (DASL) memulakan Projek Masyarakat pada 2021 apabila keadaan mula reda berikutan pandemik COVID-19.
Selepas dormitori pekerja hijrahan menjadi titik panas virus semasa pandemik, pemerintah mengumumkan piawaian yang lebih tinggi bagi dormitori baharu.

PROJEK MASYARAKAT
DASL mendapatkan bantuan syarikat reka bentu strategik, Agency, untuk menyelidik, jalankan temu duga dan memikirkan semula bagaimana untuk mengendalikan sebuah dormitori.
Kakitangan Agency melawat kira-kira tujuh dormitori dan bercakap dengan para pekerja dan pengurus untuk mengetahui keadaan di lapangan.
Mereka harus mencari keseimbangan antara keperluan pekerja hijrahan, bajet pengendali dormitori dan keperluan peraturan.

selepas seminggu membina dormitori itu, lapan pekerja hijrahan berpindah ke bilik prototaip tersebut.
KAWASAN REHAT, LEBIH BANYAK JAM
Satu keperluan yang dikenal pasti adalah kekurangan ruang untuk pekerja makan bersama, kata Cik Gracia Fei, seorang pereka bentuk interaksi di Agency.
Mungkin ruang memasak disediakan, namun pekerja selalunya makan di atas lantai dalam bilik tidur mereka.

Prototaip di dormitori The Leo menggunakan lantai yang berbeza, untuk memisahkan kawasan basah daripada kawasan kering, dan Agency juga membina ruang makan atau tempat berehat sementara, dengan mengalihkan katil ke satu ruang bilik dan meletakkan bangku dan permaidani di ruang lain.
Ruang belajar yang disebutkan Encik Arjunraja, yang kelihatan seperti pondok panggilan, dapat menyekat bunyi. Ia menawarkan privasi untuk pekerja menghubungi rakan dan keluarga mereka.

Satu lagi perubahan kecil yang mempunyai kesan di luar jangkaan ialah meletakkan beberapa jam di dalam bilik untuk menunjukkan waktu di India, Bangladesh dan Singapura.
LAWATAN SETEM, PERTUKARAN BUDAYA
Sebagai sebahagian daripada Projek Masyarakat, PPT Lodge 1B, sebuah dormitori di Seletar, juga menguji "lawatan setem" untuk membantu penduduk baharu mencari jalan di sekeliling dormitori.
Mereka diberi peta untuk menyesuaikan diri dengan kemudahan, kedai dan perkhidmatan paling penting di dormitori. Apabila mereka melawat tempat-tempat itu, mereka boleh mendapatkan cop di peta mereka sebagai bukti lawatan tersebut. Peta yang lengkap kemudiannya boleh ditukar dengan ganjaran.

SATU LANGKAH DALAM PERJALANAN YANG JAUH
Pereka bentuk Agency meneliti cara pekerja menggunakan bilik tersebut, melalui temu duga dan lawatan tidak diumumkan, sebelum bercakap dengan mereka pada penghujung empat minggu itu.
Mereka membuat buku panduan yang diedarkan kepada anggota DASL selepas Projek Masyarakat berakhir.
Presiden DASL Encik Johnathan Cheah berkata, beberapa anggotanya terkejut bahawa ruang peribadi atau adanya kawasan untuk meluangkan masa bersama rakan sebilik mereka amat bermakna kepada pekerja.
Ia juga mengejutkan apabila penduduk meminta tilam, kerana biasanya pengendali tidak menerima aduan mengenai tilam, dan pekerja jarang membeli tilam sendiri, katanya.
"Pada masa lalu, dormitori dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pemerintah," katanya.
“Mereka akan menentukan ruang itu, mereka juga akan menentukan jenis katil, saiz lokar… tetapi Projek Masyarakat mengambil langkah lebih jauh untuk benar-benar memahami apa yang diperlukan oleh pekerja hijrahan di dalam bilik mereka kerana jelas keadaan tempat tinggal di Singapura sangat berbeza daripada apa yang mereka ketahui.”
“Dengan peralihan dormitori akan datang, dormitori mempunyai peluang untuk memperkenalkan idea baharu dan inisiatif baharu. Saya rasa ramai daripada mereka sudah merujuk kepada panduan yang kami sediakan,” kata Encik Cheah.
“Ini adalah satu langkah untuk membentuk perjalanan Singapura, supaya ia berada di satu tempat di mana setiap penduduk mempunyai tempat tinggal dan setiap penduduknya berasa seperti mereka berada di dalam sebuah rumah," kata Encik Peter Overy, pengarah urusan Agency.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.