Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bilangan sukarelawan dalam kalangan warga emas naik 3 kali ganda tahun lalu

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Feb 2023 08:43PM Dikemas Kini : 11 Feb 2023 09:28PM
SINGAPURA: Sebilangan pertubuhan sukarelawan menyatakan bilangan sukarelawan dalam kalangan warga emas naik tiga kali ganda tahun lalu.

Ia didorong usaha-usaha mendekati masyarakat serta penekanan terhadap penuaan aktif yang membolehkan golongan itu meluaskan skop kegiatan mereka.

Pusat-pusat lain pula berharap, Belanjawan negara yang akan dibentangkan Selasa depan, dapat menghulurkan pembiayaan tambahan demi membolehkan mereka menganjurkan program-program yang boleh mengekalkan minat.

Pada usia 67 tahun, Cik June Chen ligat bertugas sebagai sukarelawan kelas zumba mingguan.

Beliau antara 80 warga emas yang menjadi sukarelawan Persatuan Khidmat Lion Befrienders tahun lalu.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding 20 sukarelawan warga emas setahun sebelumnya.

"Sukarelawan warga emas adalah sangat penting kerana mereka merupakan rakan bagi warga emas lain. Mereka mendekati mereka, mereka adalah wajah yang dikenali, yang dipercayai dan mereka tahu apa yang mereka rasakan," kata Encik Karen Wee, Pengarah Eksekutif Persatuan Perkhidmatan Lion Befrienders."

"Jadi dengan itu, kami dapatkan perspektif mereka dan kami boleh mencipta program yang paling sesuai untuk keperluan mereka."

"Persatuan tersebut menyatakan pendekatannya kini membuahkan hasil terutama dalam menarik minat warga emas yang ada kemahiran digital."

"Trend sukarelawan warga emas yang celik teknologi inilah, yang membolehkan persatuan itu meluaskan jangkauannya dan malah memanfaatkan media sosial yang dikuasai golongan muda," tambah Encik Wee.

Bagi RSVP Singapore pula, sebuah pertubuhan bagi sukarela warga emas, sepanjang tahun lalu, jumlah sukarelawan sementara badan itu naik sekurang-kurangnya 30 peratus.

Ia menyatakan ia kerana terdapat minat yang mendalam daripada generasi Merdeka.

"Mereka lebih mahir teknologi, lebih berpendidikan dan juga mantap secara kewangan. Jadi golongan ini lebih bersedia tampil.Bagaimanapun mereka lazimnya menjadi sukarelawan secara 'ad-hoc' atau sekali-sekala," kata pengerusi RSVP Singapore, Encik Koh Juay Meng.

"Untuk memanfaatkan lejangan ini, RSVP Singapore berharap Belanjawan 2023 akan memperuntukkan lebih banyak dana bagi kumpulan sukarelawan."

"Dana sedemikian dapat meluaskan kepelbagaian peluang bagi sukarelawan."

"Ini termasuk program sukarelawan untuk keluarga yang kini dalam perancangan," tambahnya.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan