Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bilangan pesakit angin ahmar mungkin naik seganda jelang 2050

Satu laporan baru menunjukkan jumlah pesakit angin ahmar mungkin naik seganda menjelang 2050 jika keadaan tidak dikawal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 May 2019 08:16PM Dikemas Kini : 13 May 2019 08:39PM

SINGAPURA: Satu laporan baru menunjukkan jumlah pesakit angin ahmar mungkin naik seganda menjelang 2050 jika keadaan tidak dikawal.

Menurut laporan Kumpulan Jagaan Kesihatan Kebangsaan (NHG), data yang dikumpulkan daripada para pesakitnya di bahagian tengah dan utara Singapura mengenai ancaman penyakit-penyakit kronik akan membantu NHG menawarkan perkhidmatan yang lebih khusus untuk kawasan tertentu.

Menurut data terbaru NHG, jumlah pesakit angin ahmar akan bertambah hampir 119 peratus menjelang 2050.

Bagi jumlah penyakit kencing manis, kenaikan 87 peratus dijangkakan dalam tempoh yang sama.

NHG menyatakan kombinasi usaha pencegahan dan rawatan yang baik adalah anak kuncinya.

Kelompok NHG di bahagian tengah Singapura terbahagi kepada tiga zon.

Zon-zon di Woodlands dan Yishun merangkumi sekitar 800,000 penduduk manakala Zon Tengah merangkumi kawasan Ang Mo Kio, Serangoon dan Kallang.

Hospital Tan Tock Seng memimpin perkhidmatan perubatan yang ditawarkan kepada kira-kira 1.4 juta orang, iaitu kumpulan terbesar di Singapura.

Kawasan tersebut mempunyai lebih ramai warga tua dengan 17 preratus penduduk adalah mereka yang berusia 65 tahun ke atas, berbanding 13 peratus purata nasional.

Ini bermakna permintaan lebih tinggi untuk khidmat jagaan kesihatan, daripada jagaan hospital asas kepada jagaan peringkat masyarakat.

NHG menjangkakan 15 peratus daripada rakyat Singapura akan menjadi gemuk dalam masa kira-kira lima tahun, berbanding 11 peratus sekarang.

Sebanyak 70 peratus kanak-kanak yang gemuk pada usia tujuh tahun akan menjadi orang-orang dewasa yang gemuk.

Sekarang, 10 peratus kanak-kanak berusia lima tahun mengalami masalah kegemukan dan maka itu, penting untuk melaksanakan langkah pencegahan awal pada usia muda dari peringkat prasekolah. 

Sumber : CNA/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan