Bilangan penerima Dana Kita Prihatin Pondok Gelam 2025 meningkat tiga kali ganda
Habuan menjelang Hari Raya berjumlah S$37,500 telah diagihkan oleh Dana Kita Prihatin Pondok Gelam 2025 di Masjid Kampong Delta pada Ahad (23 Mac).
Bilangan penerima bagi edisi keempatnya meningkat lebih tiga kali ganda berbanding tahun lalu.
"Pada tahun ini kami merasa bertuah di atas sambutan orang ramai dan masyarakat Pondok Gelam sendiri, memberikan begitu ramai hingga melimpah ruah. Ini adalah tahun yang ramai yang menerima bantuan dana Kita Prihatin Pondok Gelam. Sebanyak 150 penerima, dibandingkan pada tahun-tahun yang lalu biasanya kurang daripada 50 orang.
"Ada juga yang bukan Islam. Jadi kita juga membantu kerana itulah tradisi kami, Pondok Peranakan Gelam Club yang mana pernah terletak di tengah-tengah Chinatown," kata Encik Borhan Saini, Setiausaha Agung Pondok Gelam.
"Terima kasih kepada PPGC - Pondok Peranakan Gelam Club. Dengan adanya habuan ini, maka terhiburlah satu keluarga saya," luah Encik Eusofe.
Seorang penyumbang, Encik Jonathan Tee, CEO Passions Watch Exchange Pte Ltd, turut menyatakan sokongan beliau.
"Kita patut sentiasa menyokong rakan-rakan Melayu kita. Kita juga mesti bersatu untuk lebih memahami tentang Islam, hadiri acara dan perayaan mereka untuk lebih memahami dan mendengar kata-kata mereka. Dan kami ada ramai kawan beragama Islam, jadi sentiasa elok untuk mengadakan perbincangan-perbincangan seperti ini," kata beliau.
Encik Michael Lee, CEO SCash Singapore, pula berkata, "Ini kali pertama kami turut serta dalam kegiatan hebat ini. SCash berbesar hati menjadi sebahagian daripada sesi hari ini. Pada masa hadapan, kami ingin tingkatkan penyertaan, bukan hanya dari segi sumbangan derma, tetapi juga dalam hal perkongsian teknologi kami kepada mereka yang memerlukannya."
Pondok Gelam komited untuk terus memperkukuh kerjasama dengan empat pihak yang disokong oleh pertubuhan Serambi Seni Budaya Melayu Singapura, AlBustan Services, dan Alhikmah Aliwal Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.