Bilangan penderma darah belia merosot kepada 15%; jumlah paling rendah sejak 2021
Bilangan belia berusia antara 16 hingga 25 tahun yang mendermakan darah merosot ke paras paling rendah dalam tempoh tiga tahun.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bilangan belia berusia antara 16 hingga 25 tahun yang mendermakan darah merosot ke paras paling rendah dalam tempoh tiga tahun.
Menurut Palang Merah Singapura, golongan itu membentuk hanya 15 peratus daripada jumlah penderma darah pada tahun lalu.
Kemerosotan itu membimbangkan kerana permintaan darah akan meningkat sedang jumlah penduduk semakin menua.
Bagi Albert Lim, ia sudah menjadi kebiasaan untuk beliau mendermakan platelet - iaitu satu komponen darah, selama hampir 20 tahun.
Encik Lim, 40 tahun, bahkan sudah berbuat demikian sebanyak 119 kali.
"Mendermakan darah adalah sesuatu yang sangat berharga dan ia peluang yang sangat unik kerana tidak semua yang boleh menderma darah, bukan?
"Saya rasa kita perlu sihat, tiada masalah kesihatan tertentu, dan sebagainya," katanya.
Bagi Encik Lim, beliau mula menderma darah sejak remaja lagi selepas mendapat dorongan daripada bapanya yang juga kerap menderma darah.
Namun sejak kebelakangan ini, jumlah belia yang tampil mendermakan darah semakin berkurangan.
Tahun lalu, golongan belia membentuk hanya 15 peratus daripada jumlah penderma darah.
Ini berbanding 20 peratus yang dicatatkan dua tahun lalu.
Buat masa ini, sekitar 14 unit atau enam liter darah digunakan setiap jam dalam sehari di Singapura.
"Sedang seseorang itu menua, kemungkinan baginya mendermakan darah akibat isu kesihatan akan meningkat.
"Setiap tahun, hampir 600 penderma berhenti mendermakan darah," kata Ketua Program Penderma Darah di Palang Merah Singapura, Rick Lee.
Bagi meningkatkan usaha mendampingi belia, Palang Merah Singapura kini memanfaatkan media sosial serta bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi untuk menganjurkan kempen derma darah.
Namun sedang lebih ramai orang melancong ke luar negara semasa musim cuti, ada yang mungkin tidak dibenarkan untuk menderma darah sehingga empat bulan.
Ini sekiranya mereka ke tempat-tempat berisiko tinggi seperti adanya malaria.
"Memandang ke hadapan, kita akan menyaksikan kemerosotan pada bekalan darah jenis 'O' dari sekarang sehingga mungkin Februari tahun depan. Ia mungkin merosot ke paras rendah," kata Encik Lee.
Palang Merah Singapura menyeru semua - yang muda mahupun yang lanjut usia - agar menderma darah demi menyelamatkan nyawa.

Sumber : CNA/AI/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.