Bilangan pemohon kerja, pekerja berdepan diskriminasi merosot pada 2022: MOM
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bilangan penduduk Singapura dalam tenaga buruh yang mengalami diskriminasi di tempat kerja dan ketika mencari pekerjaan tahun lalu, kian berkurangan, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (31 Jul).
Bagaimanapun, lebih ramai pemohon kerja, mengalami diskriminasi disebabkan kesihatan mental mereka, menurut Laporan Amalan Pekerjaan Adil MOM bagi 2022.
Laporan itu mendedahkan bahawa 8.2 peratus pekerja mengalami diskriminasi di tempat kerja, turun dari 8.5 peratus pada 2021. Sebanyak 23.8 peratus pencari kerja pula mengalami diskriminasi, susut dari 25.8 peratus.
Angka tersebut dibandingkan dengan 24.1 peratus pekerja dan 42.7 peratus pemohon kerja dalam laporan MOM pada 2018.
"Peningkatan yang berterusan ini berikutan usaha dari MOM, TAFEP dan rakan kongsi tiga pihak," menurut MOM, yang merujuk kepada Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP).
DISKRIMINASI YANG DIALAMI PEMOHON KERJA
Diskriminasi terhadap usia (16.6 peratus), kaum (7.1 peratus) dan kesihatan mental (5 peratus)
adalah bentuk diskriminasi yang lazim dialami ketika mencari kerja, dedah MOM.
"Meskipun diskriminasi usia kekal sebagai bentuk diskriminasi utama terhadap pemohon kerja, bilangan pemohon kerja yang mengalami diskriminasi merosot, dari 18.9 peratus pada 2021 kepada 16.6 pada 2022," menurut MOM.
Bagaimanapun, terdapat peningkatan dari segi diskriminasi terhadap kaum, dari 6.3 peratus kepada 7.1 peratus, dan dari 2.9 peratus kepada 5 peratus dari segi kesihatan mental.
MOM menyatakan peningkatan bagi diskriminasi terhadap kesihatan mental "mungkin disebabkan jangkaan lebih besar oleh majikan untuk menjaga keperluan mental kakitangan mereka, serta kenaikan bilangan penduduk dalam tenaga buruh dengan keadaan kesihatan mental.
Pemohon kerja juga mengalami diskriminasi berdasarkan status keluarga (4.3 peratus), jantina (4.2 peratus), kewarganegaraan (4 peratus) dan agama (3.6 peratus).
Diskriminasi status keluarga termasuk diskriminasi yang berlandaskan status perkahwinan, status kehamilan dan sebab-sebab keibuan.
Diskriminasi atas sebab-sebab keibuan menyaksikan lonjakan ketara dari 6.9 peratus pada 2021 kepada 14.9 peratus pada 2022. Diskriminasi terhadap status kehamilan juga naik dari 4.2 peratus kepada 6.9 peratus, dedah data MOM itu.
Diskriminasi terhadap status perkahwinan bagaimanapun susut, dari 3.2 peratus kepada 2.6 peratus.
MOM menyatakan bahawa sumber diskriminasi yang paling lazim dialami pemohon kerja adalah "iklan pekerjaan yang menetapkan keutamaan kepada ciri demografi tertentu tanpa penjelasan kukuh".
Permintaan oleh majikan bagi maklumat peribadi yang tidak berkaitan dengan pekerjaan, seperti usia, status perkahwinan dan kewarganegaraan, merupakan bentuk-bentuk diskriminasi lain yang sering dialami pencari kerja, tambah MOM.
DISKRIMINASI DIALAMI PEKERJA
Diskriminasi dialami pencari kerja juga merupakan bentuk diskriminasi teratas dialami di tempat kerja, dengan kesihatan mental (4.7 peratus) menyumbang kepada jumlah tertinggi, selepas usia (3.7 peratus) dan kaum (2.6 peratus).
Walau bagaimanapun, jumlah diskriminasi terhadap usia dan kaum turun dari 4.6 peratus kepada 2.8 peratus yang dilaporkan pada 2021. Diskriminasi terhadap kesihatan mental naik dari 3.2 peratus pada 2021.
Bentuk diskriminasi lain yang dialami pekerja adalah diskriminasi berdasarkan kegidakupayaan (2.5 peratus), kewarganegaraan (2.5 peratus), status keluarga (2 peratus), jantina (1.9 peratus) dan agama (1.5 peratus).
"Pekerja yang mengalami diskriminasi lebih banyak melaporkan amalan tidak adil berkaitan gaji, pengagihan kerja dan perkembangan kerjaya," menurut MOM.
"Wanita lebih berkemungkinan mengalami diskriminasi di tempat kerja berbanding lelaki, yang sering berlaku apabila kerja itu diagihkan dengan tidak adil," tambah kementerian itu.
LEBIH RAMAI MEMINTA BANTUAN
Lebih ramai pekerja melaporkan bahawa syarikat mereka menubuhkan prosedur rasmi untuk mengurus diskriminasi di tempat kerja pada 2022 (59.8 peratus), naik dari 54 peratus pada 2021 dan 49.6 peratus pada 2018, menurut data tersebut.
Jumlah pekerja yang meminta bantuan selepas mengalami diskriminasi melonjak dari 20 peratus pada 2021 kepada 35.3 peratus pada 2022.
Laporan Amalan Pekerjaan Adil 2022 dibuat berdasarkan tinjauan oleh Kajian Tenaga Manusia dan Jabatan Perangkaan MOM dari 10 Oktober 2022 hingga 10 Februari 2023.
Seramai 3,600 penduduk Singapura dalam sektor pekerjaan berusia 15 tahun dan ke atas, tidak termasuk
Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa, dipilih secara rawak untuk menyertai tinjauan itu. 80.3 peratus daripada mereka tampil memberi respons.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.